Maqasid Syariah secara ringkas bermaksud rahsia, hikmah, matlamat atau makna sesuatu hukum syarak yang disyariaatkan kepada manusia melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah demi kebaikan di dunia dan akhirat. Secara ringkasnya ia bertujuan untuk mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan.
5 Keutamaannya.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Mustashfha menjelaskan terdapat lima perkara utama dalam agama (maqasid syariah) yang perlu dipelihara dalam kehidupan muslim. Kebijaksanaan tanggungjawab dan amanah berteraskan maqasid syariah adalah teras kepada kemakmuran negara. Lima perkra terkandung dalam maqasid syariah adalah:
i. memelihara agama
ii. memelihra diri / nyawa
iii. memelihara akal
iv. memelihra keturunan
v. menjaga harta
Ulamak bersetuju dengan kelima-lima keutamaan berkaitan, tetapi susunan keutamaan berubah mengikut keadaan kecuali untuk perkara yang pertama iaitu memelihara agama tetap berada dikedudukan pertama. Ini membuktikan kesepakatan para ulamak tentang keutamaan memelihara agama adalah yang paling penting dalam setiap aspek kehidupan seseorang muslim.
Tanggungjawab dan kewajipan pemerintah adalah meletakkan kepentingan agama di tempat teratas dan segala unsur yang merosakannya hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibenteras. Pemimpin yang menjaga agama akan menjadi seorang yang adil dan berintegriti, tidak membenarkan berlakunya sesuatu yang merosakan akhlak dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati diri.
Surah An-Nisa':59
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulul Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasulnya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikianlah adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya".
Hadis Rasulullah S.A.W
Mafhumnya; "Barang siapa mentaatiku, maka sesungguhnya dia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang menginkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku. dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku".
Riwayat Al-Bukhari
petikan dari buku Panduan Pengurusan Teras Pemikiran Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan