Khamis, 25 Disember 2014

Islam di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara bertuah kerana bernaung di bawah lembayung Islam sebagai agama negara. Kedudukan agama Islam di negara ini didokong oleh perlembagaan dan kuasa rajaseperti yang tercatat dalam perkara 3(1) Perlembagaan Negara, Islam adalah agama bagi Persekutuan. Maka jelaslah bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sekaligus membatalkan ciri-ciri sekularnya.

Perkara3(2) pula menjelaskan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam. Zaid kamarudin (2010) menegaskan bahawa Perlembagaan Negara Malaysia memang tidak direka atau dirancang untuk menjadikan negara ini negara sekular. Islam agama duniawi dan ukhrawi menjadi benteng yang kukuh menangani segala cabaran masa kini yang menggugat keamanan dan kestabilan umat Islam di Malaysia.

Perlembagaan diperuntukan bagi menjaga orang Islam daripada dakyah-dakyah agama lain melalui perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan diperuntukan bagi menjaga orang Islam daripada dakyah-dakyah agama lain. Perkara ini memberi kuasa kepada negeri, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Islam di Malaysia adalah agama Negara.

dipetik dari buku Panduan Pengurusan Teras Pemikiran Islam. IAB.KPM.

Tiada ulasan: