Mutakhir ini ada kedengaran tentang kemasukan orang-orang melayu dalam parti politik DAP. Pelbagai pandangan yang diutarakan berkaitan dengan isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Ada pendapat mengatakan bahawa DAP telah memulakan perubahan dalam partinya untuk memikat ahli melayu. DAP merupakan parti yang toleransi dengan orang melayu dan menyangkal ianya dikuasai oleh orang-orang cina. Nampaknya ada yang gembira dan ada yang sedih. Penyokong parti pembangkang terutama PAS dan PKR nampaknya gembira. Mereka begitu teruja dengan isu ini dan mengharapkan lebih ramai lagi orang melayu menyertai DAP.
DAP nampaknya telah berjaya menarik minat melayu menyertainya. Mengapa PAS gembira ? sepatutnya PAS rasa terhina kerana orang melayu islam lebih rela masuk DAP dari bersama dengan PAS. Sepatutnya PAS harus bertanya pada diri sendiri kenapa dia gagal untuk menarik orang melayu islam yang lari dari UMNO kepada PAS. Apa yang berlaku sebaliknya.
DAP nampaknya mempunyai agenda yang lebih besar. Mereka sedar tanpa sokongan orang melayu DAP tak mampu untuk menawan Putrajaya. Justeru itu mereka terpaksa membuka pintunya untuk melayu tetapi sejauh mana keiklasannya, sama-samalah kita tengok.
Pada pendapat saya orang melayu dalam DAP akan sama nasibnya dengan orang melayu dalam PAP di Singapura. Sejarah telah menunjukkan begitu. Jadi tidak mustahil kalau satu masa nanti akan lahir PM dari DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan