Salam semua...
1. Satu lagi kerusi DUN dikosongkan oleh PKR.. Penanti.. Alangkah senangnya nak kosongkan kerusi, rasa tak layak kosongkan saja.. Kenapa dulu sanggup jadi calon, dah menang kosongkan pulak.. Berbagai alasan yang diberikan. Dimanakah tanggungjawab terhadap pengundi yang mengundinya baru-baru ni..
2. Itulah yang sentiasa berlaku kepada wakil rakyat PKR.. Suka mempermainkan mandat yang diberikan oleh rakyat. Mereka jadi begitu kerana rakyat suka pada pilihanraya dan tak pernah tanya berapa perbelanjaan yang diperuntukan untuk satu-satu pilihanraya kecil. Adalah lebih baik kalau duit tu digunakan untuk kerja-kerja pembangunan negara tetapi oleh kerana permainan kotor politik PKR wang itu terpaksa dugunakan untuk mengadakan pilihanraya kecil. PKR menjadikannya sebagai satu gimik politik mereka seolah-olah tindakan mereka itu betul.
3. Itulah politik pembangkang, apa yang dilakukan semuanya betul.. makan nasi ikut hidung pun dikatakan betul.. Kalau dah pembangkang tu bangkang ajer kerjanya..
4. BN telah mengambil satu langkah bijak dengan tidak mengambil bahagian dalam permainan politik PKR ini. Meraka tidak meletakkan calon di Penanti dengan sebab-sebab tersendiri antaranya ialah kekosongan kerusi tersebut bukan kehendak perlembagaan tetapi kehendak PKR.
5. Pada pendapat saya memang wajar BN tak melatakkan calon di Penanti kerana kalau menang sekali pun tidak memberikan apa-apa perubahan kepada kerajaan PR Pulau Pinang. Mereka tetap memerintah di sana. Jadi dari membazirkan wang di situ adalah lebih baik tak payah bertanding.. satu langkah bijak.
6. Diharapkan rakyat Pulau Pinang Khususnya dan Malaysia amnya dapat menilai corak dan tektik permainan politik yang di dendang oleh PKR dalam PR. Mereka akan ambil kesempatan atas apa jua perkara yang akan menguntungkan mereka tanpa mengira ainya boleh merosakan negara dan perpaduan kaum dinegara ini atau sebaliknya. Tengok-tengoklah.....
1 ulasan:
beres bos...
Catat Ulasan