Salam Blogger..
1. Saya dah agak apa yang akan berlaku sekiranya mahkamah membuat keputusan yang tidak berpihak kepada pembangkang. Memang tuduhan akan dilemparkan kepada BN menyatakan kerajaan BN yang mempengaruhi keputusan mahkamah.. Tetapi apabila keputusan itu berpihak kepada mereka, sudah tentu mereka mengatakan mahkamah adil.. Apa ni..
2. Sama juga dengan keputusan pilihanraya, jika kalah mereka mengatakan BN membawa pengundi hantu untuk mengundi BN. Yang peliknya jika mereka yang menang tiada pulak pengundi hantu sebagaimana tuduhan sebelum pilihanraya. Inilah pemikiran jumuk pembangkang yang menyumbat penyokongnya dengan fitnah dan dakyah yang karut-marut.
3. Pembangkang seharusnya bersikap berlapang dada dan terbuka dalam semua aspek samada sesuatu keputusan itu menyebelahi mereka atau sebaliknya. Jangan suka membuat tohmahan dan andaian yang tidak manasabah serta tidak masuk akal. Apa ingat hakim tu tiada maruah ke? Hormatilah keputusan yang telah dibuat samada memihak kepada kita atau sebaliknya.
4. Sikap pembangkang ni sememang dari dulu lagi macam tu. Suka menabur fitnah, mengata orang dan pelbagai lagi perkara yang tidak selari dengan perjuangannya, yang kononnya menegakkan agama islam di negara kita ni. Kalau di kaji dari perlakuan dan sikap mereka ini, langsung tidak menunjukkan yang mereka serius untuk tujuan itu. Matlamatnya hanyalah satu iaitu untuk berpolitik dari pilihanraya ini sampai ke pilihanraya yang akan datang. Tak habis-habis mengata, mengutuk dan memburuk-burukkan orang lain dan apa yang mereka buat semua betul, baik dan elok malah tiada cacat dan celanya.... tengok-tengoklah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan