Jumaat, 15 Mei 2009

Politik Terengganu


Salam Blogger...

Dah lama saya tak mengarang lantaran kekangan masa dan rasa muak dengan apa yang berlaku. Setiap hari ada perbincangan yang berlaku berkaitan dengan MB Terengganu. Kadang-kadang saya rasa memang susah untuk membina negeri ni jika suasana begini berterusan.. Apa yang tak kena saya sendiri kurang pasti.. Tetapi sedikit kupasan yang dapat saya buat adalah seperti berikut;


1. Politik di Terengganu semakin celaru..

2. Kalau di Perak saya tak hairan kerana berlainan fahaman politik..

3. Tetapi di Terengganu ni, macamana.. Fahaman politik yang sama 'BN'..

4. Banyak kerja yang terbengkalai dengan petelingkahan begini....

5. Lantikan JKKK pun belum selesai, apa dah jadinya... Mancamana dengan program yang lain.. Nampaknya sampai pilihanraya semulalah baru nak bergerak.. Dah terlambat tuan-tuan..

6. Sampai bila rakyat nak di momokkan dengan situasi begini... Bercakap nak memperkasakan UMNO... Macam-macam yang dirancang... Agak-agak boleh berjaya ker..? Jangan nak cerita di peringkat pusat, negeri di Bahgian Hulu Terengganu pun dah 'mabuk'.. Ada berapa TEAM kat Bahagian Hulu Terengganu sekarang ni... Macamana nak memperkasakan UMNO.. INGAT rakan-rakan semua piliharaya umum semakin dekat dan ianya tidak menunggu kita...

7. Wakil rakyat perlu diutamakan dahulu kerana ianya dipilih oleh rakyat ketua bahagian hanyalah dipilih oleh ahli UMNO yang hadir mesyuarat bahagian... Biarlah tahu beza sikit.. Jangan hanya pandai bercakap saje...

8. Mandat yang diberikan oleh rakyat untuk menguruskan negeri ni adalah wakil rakyat.. Mereka ini yang diberi undi semasa pilihanraya.. Semua rakyat mengundi tak ira PAS atau UMNO berlainan sekali dengan Ketua Bahagian yang dipilih oleh segelintir ahli UMNO sahaja.

9. Untuk itu lantikan JKKK mestilah mendapat restu wakil rakyat bukan KETUA BAHAGIAN....

10. Kalau nak jadi pemimpim biarlah tahu beza mana yang perlu di campur dan mana yang perlu ditolak...

11. Jangan semua perkara perlu dirujuk kepada Ketua Bahagian... Kalau semua perkara dirujuk inilah jadinya...Tengok-tengoklah..

Tiada ulasan: