Selasa, 4 November 2008

Barah Dan Denggi Berdarah

Salam..
1.Saya tahu anda faham apabila disebut dengan perkataan 'barah'. Ia merupakan penyakit yang datang secara senyap dan jarang kita menyedarinya kecuali bagi mereka yang membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Ia juga merupakan penyakit yang sangat merbahaya kepada kita. Begitulah juga dengan demam denggi berdarah, hanya disebabkan oleh nyamuk, nyawa manusia terancam. Adakah saudara bersetuju dengan saya.
2.Dengan tidak mempedulikan kesihatan diri, makanan dan persekitaran, kita mudah diserang penyakit seperti denggi berdarah, barah dan pelbagai lagi penyakit kronik yang lain.
3.Jika kita ibaratkan UMNO sebagai tubuh badan kita dan kita membiarkan segala macam makanan masuk, tidak menghiraukan persekitaran rumah tangga kita dan tidak menguruskan diri dengan baik. Apakah yang akan berlaku kepada kita..?
4.Rakan-rakan, UMNO merupakan sepohon kayu yang rendang. Semua orang berteduh di bawahnya samada dengan sengaja atau tidak, dengan rela atau tidak, mereka terpaksa berteduh di situ. Malangnya ramai yang tidak bersyukur berada di bawahnya, mereka mula menggali dan mencangkul. Mereka juga memanjat dan mencantas dahan-dahan muda. Mereka juga memetik bunga dan daun. Tidak puas dengan itu mereka menggunakan jentolak untuk menumbangkan pohon yang rendang itu.
5.Marilah kita renung sejenak kebaikan yang telah dilakukan oleh parti keramat ini. Janganlah kerana kita berada ditepi, kita rasa cemburu kepada mereka di tengah. Mereka yang di tengah irihati melihat mereka yang berada di pangkal begitu jugalah mereka yang berada di pangkal jangan sesekali sakit hati kepada mereka yang berada di dahan pokok tersebut. sedangkan orang lain menunggu peluang untuk mendapatkan pokok itu.
6.Karangan kali ini agak berlainan sedikit kerana hati rasa terguris dengan tangan mereka yang ingin menghancurkan UMNO yang saya sayangi ini. Berbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

Tiada ulasan: