Ahad, 2 November 2008

UMNO VS UMNO

Salam semua..
1.Pemilihan dah berlalu..Banyak cerita suka dan duka yang dilalui. Ramai kawan dan teman baru ditemui...LAWAN pun ada..
2.Nampak sangat yang dah hilang 'taring' nak memasang semula 'taring' baru. Yang kemaruk kuasa terus dengan agenda 'gila kuasa'.
3.Macam-macam ugutan dikenakan tanpa memikirkan yang diugut dan ditentang ini adalah dalam UMNO...Mana janji pertandingan yang sihat?
4.Sudah ada kedengaran suara-suara yang menuntut supaya dalam pilihanraya nanti dikenakan bayaran untuk keluar mengundi sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan bahagian baru-baru ni.Kalau ahli kuat UMNO sendiri yang bercakap apa lagi dengan yang lain.
5.Sudah nampak sekarang ini UMNO menuju kepada kehancuran kerana keyakinan rakyat terhadapnya semakin menurun.Mereka tidak lagi menghormati pemimpin yang rakus ini untuk memimpin negeri dan negara ini.Banyak tempat cakap-cakap ini didengar menyebabkan saya rasa takut.
6.Kekuatan melayu terletak pada UMNO. Nak harapkan PAS jauh sekali,mereka lebih pentingkan perjuangan dendam bukan membela nasib orang melayu. Kalau UMNO ini hancur kemana nasib orang melayu selepas ini....Tengok-tengoklah.

1 ulasan:

Mat Yie berkata...

Cikgu,
Kalu di tengok-tengok,kalu ditilik-tilik,UMNO trg mmg tak lama lagi hancur..Sekarang sudah jelas mana yang mahukan kuasa,mana yang mahukan bangsa dan negara. Kalu gini cara pentadbiran baru MB terengganu,PRU13 kekgi same-samelah kite kembali kepada pemerintahan yang lebih hampeh!! ( PAS), satu ketika kita seperti berada di puncak kejayaan dan seolah-olah Terengganu begitu terserlah di mata dunia,tapi apakan daya,kita tiada kuasa..
Moga Allah kembalikan rahmat di bumi Terengganu ini.. Jauhkanlah pemimpin rasuah dari bumi ini..