Sabtu, 6 Disember 2008

Pilihan raya kecil

Salam..
Sudah lama saya tidak menulis di sini. Bukan kerana apa tetapi agak sibuk dengan tugasan harian yang membataskan pergerakan. Maaflah kepada rakan yang melayari blog saya ini kerana lama tak di up date.
Hari ini saya tertarik dengan keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kosong. Tarikh yang dipilih sesuai kerana musim haji dah pun berakhir. Peluang untuk mereka membuang undi tidak dinafikan. Musim hujan dan banjir juga sudah berlalu pada waktu itu.
Bagaimana dengan calon? Adakah sudah ada keputusan yang dibuat? Siapakah calon yang benar-benar layak untuk mengantikan tokoh yang telah tiada itu? Saya difahamkan ramai yang cuba melobi, tetapi setakat mana kebenarannya tak dapatlah nak dipastikan.
Pilihan raya kecil kali ini berbeza dengan yang sebelumnya, kenapa? Ini adalah ujian sebenar kepada UMNO selepas mengalami musim suram baru-baru ini. Kalau sekiranya calon yang dipilih tidak setanding dengan yang telah pergi, saya rasa UMNO akan tumbang di Kuala Terengganu.Pemilihan calon mestilah tepat untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO Terengganu.
Pada pandangan saya kedudukan UMNO di Terengganu sekarang tidak se gah sebelum ini. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini memberikan kesan yang mendalam terhadap jentera parti. Selain dari pemilihan calon yang tepat susunan jentera parti juga perlu cekap dan efision agar kerjasama dapat dijalinkan dengan sempurna.
Bagaimana cara untuk mengambil kembali hati-hati mereka yang telah terguris sebelum ini juga tidak harus dipandang ringan.Kerjasama dari semua bahagian amatlah dituntut. Jika masing-masing dengan hal masing-masing, tidak mustahil kerusi ini akan terlepas kepada pembangkang. Kebijaksanaan pengerusi perhubungan dituntut pada saat ini. Strategi yang diatur mestilah mengena.. Tengok-tengoklah..

Tiada ulasan: