Khamis, 9 Oktober 2008

Terima Kasih

Salam Semua..
1.Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ditujukan kepada presiden parti kerana telah membuat satu keputusan yang menguntungkan UMNO dan BN. Saya amat menyambut baik keputusan itu demi perpaduan di dalam UMNO dan BN untuk menghadapi PU ke 13 nanti. Bukan satu keputusan yang mudah dibuat oleh Pak Lah..Sekali lagi, terima kasih.
2.Nampaknya diperingkat pusat sudah nampak sinar perubahan yang besar tetapi bagaimana dengan Bahagian kita di Hulu Terengganu, adakah sudah bersedia untuk memindahkan tampuk pemerintahan kepada orang baru..? Ataupun perlu ditentukan oleh perwakilan pada 25.10.08 nanti.
3.Saya bersetuju dengan YB parlimen Hulu Terengganu yang mengatakan bahawa seorang ketua perlu bersama parti walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun tanpa meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti.
4.Ketua Bahagian sekarang ni, semasa PU 12 dulu jelas tidak membantu parti disaat parti memerlukannya. Mungkin kerana tidak bertanding sebagai calon BN dalam pilihanraya itu menyebabkan beliau tidak sama-sama berkempen untuk memenangkan calon BN. Untuk pengetahuan ketua bahagain, saya tak pernah bertanding sebagai calon dalam mana-mana pilihanraya pun tetapi sentiasa membantu untuk memenangkan calon BN walaupun calon tu saya tak pernah kenal sebelumnya termasuk Dato' ketua bahagian sendiri.
5.Mengapa sebagai ketua bahagian yang dikatakan setia dengan parti tidak turut sama berkempen untuk kemenangan calon BN, inilah salah satu sebab yang menyatakan bahawa beliau adalah merupakan seorang ketua bahagian yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi melebihi kepentingan dan perpaduan dalam parti. Kalau kita seorang yang setia dengan parti seharusnya sentiasa bersama parti lebih-lebih lagi disaat-saat parti memerlukannya. Dulu semasa kita bertanding, orang yang berkerja untuk kita sehingga kita berada ditahap yang ada sekarang. Pemimpin datang dan pergi, itu lumrah. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Mengapa nak dikesalkan dengan ketentuan Allah dengan menyalahkan orang lain di atas perbuatan kita sendiri.
6.Dulu tak turun kerana tak dijemput... Sebagai ketua bahagian takkan tak tahu apa yang perlu dibuat semasa kempen pilihanraya...perlu jemputan ker...? kenapa sekarang semasa pemilihan peringkat bahagian sanggup ke hulu ke hilir untuk berkempen...? Lepas tu ada pula yang berkata pertandingan ini adalah arahan MB.
7.Jawatan timbalan ketua bahagian dipertandingkan kerana MB yang suruh lawan Dato' Rosol tetapi apabila ditanya kepada MB, beliau menyatakan bahawa tidak menyarankan apa-apa.. Dalam situasi ini perwakilan sebenarnya pening kepala, siapa yang berbohong agaknya.. Tak kan MB bercakap bohong kot.., seorang menteri besar tidak bercakap bohong jika sekiranya beliau berprinsip.
8.Marilah kita muhasabah diri agar dapat mencari sesuatu yang terbaik untuk parti keramat kita yang disayangi ini. Bercakap sayang kepada parti tetapi dalam masa yang sama ugut situ, pecat sini untuk menjahanamkan parti....Menggunakan pemerintahan kuku besi.. Sedarlah sikit yang disakiti hati tu adalah penyokong dan pendokong UMNO.... Ini pertandingan dalam UMNO bukan berlawan dengan parti lain...Kalau ya nak berlawan, berlawanlah dengan cara yang sihat, jangan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dengan jawatan yang kita ada.... Tengok-tengoklah...

1 ulasan:

Transporterz berkata...

Salam Cikgu,
Cikgu mengatakan sesuatu yang benar.
Pelik dengan manusia yang tamak kuasa. semasa diberi kuasa untuk memimpin, tidak pulak digunakan sepenuhnya kuasa yg diberi. Diberi peluang utk memegang jawatan Tim. Menteri Kewangan, "habuk pun tarak" utk daerah Hulu T'ganu. Bila dah sedar semua org tak nak dia lagi, baru la sibuk nk tunjuk muka kat kampung2.. gi solat kat masjid kampung2.. Gi jogging kat kampung2.. apakah makna semua ini? takutkah beliau dgn "kejatuhan"? Tidak bolehkah beliau menerima hakikat bahawa beliau sememangnya tidak diperlukan lagi..? Sudah terhantuk baru terngadah!
Cikgu,
Teruskan menulis!
Ketepikan apa shj org kata. Terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam membuat kebaikan & menyatakan kebenaran.