Salam....
1.Dalam perkembangan terbaru dari cakap-cakap yang didengar mengatakan YB Rozi ingin mewakili pemuda Hulu Terengganu untuk perwakilan ke Kuala Lumpur..Adakah berita ini benar atau sebaliknya tak dapat saya nak pastikan..
2.Kalaulah perkhabaran ini benar dan mendapat persetujuan EXCO PEMUDA HULU TERENGGANU, ini merupakan satu berita yang kurang sihat. Tapi bila saya bertanyakan rakan-rakan Exco pemuda, bukan semua yang bersetuju... tapi faham-fahamlah..
3.Mengapakah YB Rozi ingin mengambil ruang yang diperuntukan kepada pemuda sedangkan pada masa yang sama beliau bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian..
4.Pada pendapat saya beliau tak perlu lagi mewakili pemuda ke Kuala Lumpur kerana beliau bukan lagi bernaung di bawah pemuda dan sudah tak berminat lagi untuk mengepalai pemuda. Kalau YB masih berminat dengan pemuda mengapa tidak terus memimpin pemuda sebaliknya menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai timbalan ketua bahagian sedangkan jawatan itu telah ada penyandangnya...? Mungkin ke KL dengan agenda sendiri kot...?
5.Bukankah ini satu penafian terhadap hak pemuda Hulu Terengganu yang telah berkerja keras untuk memenangi hati perwakilan selama ini. Jadi kalau nak juga ke KL mewakili pemuda, saya cadangkan supaya bertanding macam calon-calon yang lain.
6.Kalau YB cikgu Awi dinafikan hak bertanding naib kenapa pulak YB cikgu Rozi ni nak diberikan laluan percuma pulak untuk ke KL.? Bertandinglah sebagai calon macam yang lain-lain sebab bukan semua perwakilan setuju dengan cadangan itu..
7.Mungkin ada sesuatu yang dikejar dan diharapkan diperhimpunan agung pemuda di Kuala Lumpur kot... Mengapa YB meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan parti. Ruang dan peluang yang ada seharusnya diberikan kepada pemuda yang telah lama menawarkan diri untuk bertanding dan memenuhi peratusan yang telah ditetapkan oleh bahagian sebagai syarat untuk bertanding.
8.Saya nampak memang sudah ada krisis kepimpinan yang meruncing di UMNO Bahagian Hulu Terengganu...Jika sesuatu tidak dilakukan, yakin dan percayalah bahawa keyakinan rakyat pada UMNO ini akan terhakis hari demi hari...
9.Tanpa kita sedari nampaknya kita sedang bercakaran sesama sendiri.... Adakah kita mahu menang pemilihan peringkat bahagian tetapi tewas semasa pilihanraya..? Siapakah yang beruntung jika situasi ini berlaku.......Tegok-tegoklah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan