Salam..
1.Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan. Komen yang anda berikan menjadi pembakar semnagat untuk terus menulis..
2.Kita masih lagi berada dalam mod pemilihan bahagian UMNO Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2008 nanti aiaitu pada hari sabtu ini.
3.Timbul istilah baru pula sekarang ni berkaitan dengan pemilihan ketua bahagian, 'keras kepala'
Ada yang mengatakan YB Parlimen keras kepala kerana tak mahu mengikut nasihat pucuk pimpinan dan berdegil untuk melawan ketua bahagian.
4.Pada pendapat saya, dalam soal ini YB bukan keras kepala malah tindakan yang diambil adalah bertepatan dengan senario politik UMNO hari ini yang mahukan kepada perubahan terhadap kepimpinan disemua peringkat. Sebagai ahli parlimen adalah wajar untuk YB memengang jawatan ketua bahagian kerana lebih mudah untuk menguruskan parti.
5. 4 Dun yang perlu dijaga oleh ahli parlimen mewajarkan YB untuk memegang jawatan tersebut dan memerlukan kerjasama dari semua penyelaras dun untuk melicinkan pengurusan.
6.Pengerusi perhubungan telah di serahkan oleh Dato' Sri Idris kepada Dato' Ahmad Said kerana sesuai dengan kedudukan beliau sebagai menteri besar. Jadi tak salah kalau Dato' ketua bahagian Hulu Terengganu menyerahkan mandat kepada YB Parlimen.
7. Saya benar-benar mengharapkan agar perwakilan memberikan mandat baru kepada YB parlimen untuk memimpin UMNO bahagian Hulu Terengganu. Dengan mandat baru ini diharapkan dapat mengembalikan kecemerlangan UMNO di bahagian Hulu Terengganu. Selamat bersidang dan membuat pilihan yang tepat mengikut kehendak semasa.
1 ulasan:
Assalamualaikum Cikgu.
Ni kali ke dua saya komen dalam blog Cikgu, tetapi yang satu tu saya tak pasti kemana perginya.
Pasal pemilihan ketua Bahagian Hulu Terengganu, saya berpunca dari pemilihan Calon untuk Wakil Rakyat pada Mac 2008. Aku hairan kenapa YM Datuk Tg Putera tidak ada nama sebagai calon dalam Pilihanraya sedangkan dia masih muda dan secara luarannya dia masih mampu untuk berkhidmat? Ini yang saya kurang faham.
Lagi satu, saya dapati YB Ahli Parlimen sekarang ini yang saya kenali bukanlah seorang yang agresif dalam politik. Jiwa beliau lebih kepada Cikgu. Saya juga terkejut bila nama dia dicalonkan untuk merebut ketua bahagian kerana sebelum ini tak pernah dengar pun beliau berada dalam jawatankuasa tertinggi UMNO Hulu Terengganu ( kalau ada sory, saya tak berapa cakna )
Jadi kesimpulan saya, mungkin( saya kata mungkin) beliau telah dipergunakan oleh puak-puak yang tidak berkenan dengan Ketua Bahagian sedia ada.
Catat Ulasan