Salam....
1.Kalau dibaca dalam akhbar baru-baru ni, Dato' Rosol ada mendakwa berkenaan dengan politik wang dari RM 300 hingga RM 1000 semasa pemilihan bahagian Hulu Terengganu yang baru berlalu.
2.Adakah dakwaan ini benar? Jika benar apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak berwajib. Pihak berwajub lagi? Mengapa kita semua tidak ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Kemanakah arah tuju UMNO jika pemimpin yang rasuah memimpin UMNO yang kita sayangi ini.
3.Nampaknya perwakilan lebih rela pemimpin yang rasuah mengepalai UMNO jika dakwaan yang dinyatakan betul-betul berlaku. Nampaknya jual-beli undi didalam pemilihan UMNO masih berleluasa. Mereka rela memberikan undi kepada mereka yang membayar. Dimanakah harga diri perwakilan ini? Adakah dengan duit RM 300 sudah cukup untuk mereka mengadaikan maruah mereka.
4.Hanya mereka yang berduit sahajalah yang layak untuk menjadi calon dalam pemilihan UMNO dan dapat menawan hati perwakilan memberikan undi untuk mereka. Yang tidak berduit, walaupun layak bukan menjadi ukuran.
5.Jika keadaan ini berterusan UMNO akan menjadi parti yang lemah pada satu masa nanti. Jika para perwakilan terus memberikan undi kepada mereka yang rasuah ini tidak mustahil UMNO akan dipenuhi oleh pemimpin yang rasuah.
6.Marilah kita sama-sama merenung untuk masa depan UMNO parti keramat yang kita sayangi ini.Jangan sampai UMNO ini dipimpin oleh mereka yang berkepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. Percayalah kalau ini tidak dibendung, satu hari nanti UMNO tidak akan dihormati lagi oleh rakyat... Tengok-tengoklah.
Rabu, 29 Oktober 2008
Ahad, 26 Oktober 2008
Keputusan
Salam.. Semua
1.Pemilihan UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah selesai dan kita boleh lihat keinginan perwakilan.
2.Nampaknya keputusan telah dibuat oleh perwakilan. Tiada perubahan yang dilakukan.
Wakil-wakil rakyat tidak hargai oleh perwakilan, semua 3 wakil rakyat telah ditolak oleh perwakilan di dalam merebut jawatan dalam parti.
3.Mungkin YB-YB ni kekurangan duit dalam kempen. Ketua Bahagiana mengekalkan jawatan dengan hanya kelebihan 18 undi sahaja.
4.Kesimpulannya duit menjadi taruhan utama perwakilan di dalam memilih calon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan jika dibandingkan dengan watak dan kepimpinan. Semasa pilihanraya berkerja keras untuk memenangkan wakil rakyat tetapi semasa pemilihan parti mereka bekerja keras untuk menjatuhkan wakil rakyat yang mereka juga pilih. Apa nak jadi dengan UMNO ni..Tekgok-tekgoklah.

Rabu, 22 Oktober 2008
Keras Kepala
Salam..
1.Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan. Komen yang anda berikan menjadi pembakar semnagat untuk terus menulis..
2.Kita masih lagi berada dalam mod pemilihan bahagian UMNO Hulu Terengganu yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2008 nanti aiaitu pada hari sabtu ini.
3.Timbul istilah baru pula sekarang ni berkaitan dengan pemilihan ketua bahagian, 'keras kepala'
Ada yang mengatakan YB Parlimen keras kepala kerana tak mahu mengikut nasihat pucuk pimpinan dan berdegil untuk melawan ketua bahagian.
4.Pada pendapat saya, dalam soal ini YB bukan keras kepala malah tindakan yang diambil adalah bertepatan dengan senario politik UMNO hari ini yang mahukan kepada perubahan terhadap kepimpinan disemua peringkat. Sebagai ahli parlimen adalah wajar untuk YB memengang jawatan ketua bahagian kerana lebih mudah untuk menguruskan parti.
5. 4 Dun yang perlu dijaga oleh ahli parlimen mewajarkan YB untuk memegang jawatan tersebut dan memerlukan kerjasama dari semua penyelaras dun untuk melicinkan pengurusan.
6.Pengerusi perhubungan telah di serahkan oleh Dato' Sri Idris kepada Dato' Ahmad Said kerana sesuai dengan kedudukan beliau sebagai menteri besar. Jadi tak salah kalau Dato' ketua bahagian Hulu Terengganu menyerahkan mandat kepada YB Parlimen.
7. Saya benar-benar mengharapkan agar perwakilan memberikan mandat baru kepada YB parlimen untuk memimpin UMNO bahagian Hulu Terengganu. Dengan mandat baru ini diharapkan dapat mengembalikan kecemerlangan UMNO di bahagian Hulu Terengganu. Selamat bersidang dan membuat pilihan yang tepat mengikut kehendak semasa.

Khamis, 9 Oktober 2008
Terima Kasih
Salam Semua..
1.Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ditujukan kepada presiden parti kerana telah membuat satu keputusan yang menguntungkan UMNO dan BN. Saya amat menyambut baik keputusan itu demi perpaduan di dalam UMNO dan BN untuk menghadapi PU ke 13 nanti. Bukan satu keputusan yang mudah dibuat oleh Pak Lah..Sekali lagi, terima kasih.
2.Nampaknya diperingkat pusat sudah nampak sinar perubahan yang besar tetapi bagaimana dengan Bahagian kita di Hulu Terengganu, adakah sudah bersedia untuk memindahkan tampuk pemerintahan kepada orang baru..? Ataupun perlu ditentukan oleh perwakilan pada 25.10.08 nanti.
3.Saya bersetuju dengan YB parlimen Hulu Terengganu yang mengatakan bahawa seorang ketua perlu bersama parti walaupun dalam apa jua keadaan sekali pun tanpa meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti.
4.Ketua Bahagian sekarang ni, semasa PU 12 dulu jelas tidak membantu parti disaat parti memerlukannya. Mungkin kerana tidak bertanding sebagai calon BN dalam pilihanraya itu menyebabkan beliau tidak sama-sama berkempen untuk memenangkan calon BN. Untuk pengetahuan ketua bahagain, saya tak pernah bertanding sebagai calon dalam mana-mana pilihanraya pun tetapi sentiasa membantu untuk memenangkan calon BN walaupun calon tu saya tak pernah kenal sebelumnya termasuk Dato' ketua bahagian sendiri.
5.Mengapa sebagai ketua bahagian yang dikatakan setia dengan parti tidak turut sama berkempen untuk kemenangan calon BN, inilah salah satu sebab yang menyatakan bahawa beliau adalah merupakan seorang ketua bahagian yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi melebihi kepentingan dan perpaduan dalam parti. Kalau kita seorang yang setia dengan parti seharusnya sentiasa bersama parti lebih-lebih lagi disaat-saat parti memerlukannya. Dulu semasa kita bertanding, orang yang berkerja untuk kita sehingga kita berada ditahap yang ada sekarang. Pemimpin datang dan pergi, itu lumrah. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Mengapa nak dikesalkan dengan ketentuan Allah dengan menyalahkan orang lain di atas perbuatan kita sendiri.
6.Dulu tak turun kerana tak dijemput... Sebagai ketua bahagian takkan tak tahu apa yang perlu dibuat semasa kempen pilihanraya...perlu jemputan ker...? kenapa sekarang semasa pemilihan peringkat bahagian sanggup ke hulu ke hilir untuk berkempen...? Lepas tu ada pula yang berkata pertandingan ini adalah arahan MB.
7.Jawatan timbalan ketua bahagian dipertandingkan kerana MB yang suruh lawan Dato' Rosol tetapi apabila ditanya kepada MB, beliau menyatakan bahawa tidak menyarankan apa-apa.. Dalam situasi ini perwakilan sebenarnya pening kepala, siapa yang berbohong agaknya.. Tak kan MB bercakap bohong kot.., seorang menteri besar tidak bercakap bohong jika sekiranya beliau berprinsip.
8.Marilah kita muhasabah diri agar dapat mencari sesuatu yang terbaik untuk parti keramat kita yang disayangi ini. Bercakap sayang kepada parti tetapi dalam masa yang sama ugut situ, pecat sini untuk menjahanamkan parti....Menggunakan pemerintahan kuku besi.. Sedarlah sikit yang disakiti hati tu adalah penyokong dan pendokong UMNO.... Ini pertandingan dalam UMNO bukan berlawan dengan parti lain...Kalau ya nak berlawan, berlawanlah dengan cara yang sihat, jangan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dengan jawatan yang kita ada.... Tengok-tengoklah...

Selasa, 7 Oktober 2008
Pemuda Hulu Terengganu
Salam....
1.Dalam perkembangan terbaru dari cakap-cakap yang didengar mengatakan YB Rozi ingin mewakili pemuda Hulu Terengganu untuk perwakilan ke Kuala Lumpur..Adakah berita ini benar atau sebaliknya tak dapat saya nak pastikan..
2.Kalaulah perkhabaran ini benar dan mendapat persetujuan EXCO PEMUDA HULU TERENGGANU, ini merupakan satu berita yang kurang sihat. Tapi bila saya bertanyakan rakan-rakan Exco pemuda, bukan semua yang bersetuju... tapi faham-fahamlah..
3.Mengapakah YB Rozi ingin mengambil ruang yang diperuntukan kepada pemuda sedangkan pada masa yang sama beliau bertanding untuk jawatan timbalan ketua bahagian..
4.Pada pendapat saya beliau tak perlu lagi mewakili pemuda ke Kuala Lumpur kerana beliau bukan lagi bernaung di bawah pemuda dan sudah tak berminat lagi untuk mengepalai pemuda. Kalau YB masih berminat dengan pemuda mengapa tidak terus memimpin pemuda sebaliknya menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai timbalan ketua bahagian sedangkan jawatan itu telah ada penyandangnya...? Mungkin ke KL dengan agenda sendiri kot...?
5.Bukankah ini satu penafian terhadap hak pemuda Hulu Terengganu yang telah berkerja keras untuk memenangi hati perwakilan selama ini. Jadi kalau nak juga ke KL mewakili pemuda, saya cadangkan supaya bertanding macam calon-calon yang lain.
6.Kalau YB cikgu Awi dinafikan hak bertanding naib kenapa pulak YB cikgu Rozi ni nak diberikan laluan percuma pulak untuk ke KL.? Bertandinglah sebagai calon macam yang lain-lain sebab bukan semua perwakilan setuju dengan cadangan itu..
7.Mungkin ada sesuatu yang dikejar dan diharapkan diperhimpunan agung pemuda di Kuala Lumpur kot... Mengapa YB meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan parti. Ruang dan peluang yang ada seharusnya diberikan kepada pemuda yang telah lama menawarkan diri untuk bertanding dan memenuhi peratusan yang telah ditetapkan oleh bahagian sebagai syarat untuk bertanding.
8.Saya nampak memang sudah ada krisis kepimpinan yang meruncing di UMNO Bahagian Hulu Terengganu...Jika sesuatu tidak dilakukan, yakin dan percayalah bahawa keyakinan rakyat pada UMNO ini akan terhakis hari demi hari...
9.Tanpa kita sedari nampaknya kita sedang bercakaran sesama sendiri.... Adakah kita mahu menang pemilihan peringkat bahagian tetapi tewas semasa pilihanraya..? Siapakah yang beruntung jika situasi ini berlaku.......Tegok-tegoklah..

Isnin, 6 Oktober 2008
Perwakilan
Salam...
1.Para perwakilan baik pemuda atau cawagan ke bahagian perlu membuat penelitian atau penilaian yang terbaik agar pemilihan pada kali ini berjalan dengan baik dan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
2.Para perwakilan semua, gunakanlah kesempatan yang diberikan kepada kita untuk membuat penilaian semula berkaitan dengan kepimpinan di bahagian kita.
3.UMNO sekarang ini memerlukan kepada perubahan samada diperingkat bahagian atau di peringkat pusat kerana suasana hari ini sudah banyak berubah.
4.Pemilihan kali ini memberikan kita peluang yang seluas-luasnya untuk menentukan kepimpinan yang boleh menjuruskan parti kita kepada suasana yang lebih baik.
5.Pilihan kita kali ini mestilah tepat dan jangan kerana kesilapan kita membuat pilihan menyebabkan kita menyesal kemudian hari.
6.Calon Naib, nampaknya telah diketahui kerana saudara Yusof Awang Hitam telah menang tanpa bertanding, tahniah saya ucapkan... Persoalannya kenapa jadi begitu...? Adakah ada sesuatu disebaliknya atau kerana kealpaan cikgu Awi.. ? Kalau betul, itulah kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.
7.Calon-calon lain yang tinggal macamana..? Adakah mereka semuanya bersedia..?
8.Sekalai lagi saya menyarankan kepada para perwakilan supaya membuat pilihan yang tepat kerana UMNO perlukan kepada perubahan dan pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk parti dan bukan untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup menggunakan nama orang lain demi kepentingan diri sendiri...Tekgok-tengoklah.....

Langgan:
Ulasan (Atom)