Malaysia adalah sebuah negara bertuah kerana bernaung di bawah lembayung Islam sebagai agama negara. Kedudukan agama Islam di negara ini didokong oleh perlembagaan dan kuasa rajaseperti yang tercatat dalam perkara 3(1) Perlembagaan Negara, Islam adalah agama bagi Persekutuan. Maka jelaslah bahawa negara ini telah disyahadahkan dengan kalimah Islam sekaligus membatalkan ciri-ciri sekularnya.
Perkara3(2) pula menjelaskan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam. Zaid kamarudin (2010) menegaskan bahawa Perlembagaan Negara Malaysia memang tidak direka atau dirancang untuk menjadikan negara ini negara sekular. Islam agama duniawi dan ukhrawi menjadi benteng yang kukuh menangani segala cabaran masa kini yang menggugat keamanan dan kestabilan umat Islam di Malaysia.
Perlembagaan diperuntukan bagi menjaga orang Islam daripada dakyah-dakyah agama lain melalui perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan diperuntukan bagi menjaga orang Islam daripada dakyah-dakyah agama lain. Perkara ini memberi kuasa kepada negeri, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Islam di Malaysia adalah agama Negara.
dipetik dari buku Panduan Pengurusan Teras Pemikiran Islam. IAB.KPM.
Khamis, 25 Disember 2014
Selasa, 9 Disember 2014
Maqasid Syariah
Maqasid Syariah secara ringkas bermaksud rahsia, hikmah, matlamat atau makna sesuatu hukum syarak yang disyariaatkan kepada manusia melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah demi kebaikan di dunia dan akhirat. Secara ringkasnya ia bertujuan untuk mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan menghilangkan kemudharatan.
5 Keutamaannya.
Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Mustashfha menjelaskan terdapat lima perkara utama dalam agama (maqasid syariah) yang perlu dipelihara dalam kehidupan muslim. Kebijaksanaan tanggungjawab dan amanah berteraskan maqasid syariah adalah teras kepada kemakmuran negara. Lima perkra terkandung dalam maqasid syariah adalah:
i. memelihara agama
ii. memelihra diri / nyawa
iii. memelihara akal
iv. memelihra keturunan
v. menjaga harta
Ulamak bersetuju dengan kelima-lima keutamaan berkaitan, tetapi susunan keutamaan berubah mengikut keadaan kecuali untuk perkara yang pertama iaitu memelihara agama tetap berada dikedudukan pertama. Ini membuktikan kesepakatan para ulamak tentang keutamaan memelihara agama adalah yang paling penting dalam setiap aspek kehidupan seseorang muslim.
Tanggungjawab dan kewajipan pemerintah adalah meletakkan kepentingan agama di tempat teratas dan segala unsur yang merosakannya hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibenteras. Pemimpin yang menjaga agama akan menjadi seorang yang adil dan berintegriti, tidak membenarkan berlakunya sesuatu yang merosakan akhlak dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati diri.
Surah An-Nisa':59
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulul Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasulnya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikianlah adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya".
Hadis Rasulullah S.A.W
Mafhumnya; "Barang siapa mentaatiku, maka sesungguhnya dia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang menginkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku. dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku".
Riwayat Al-Bukhari
petikan dari buku Panduan Pengurusan Teras Pemikiran Islam.

Isnin, 30 Januari 2012
Melayu Dalam DAP
Salam blogger.....
Mutakhir ini ada kedengaran tentang kemasukan orang-orang melayu dalam parti politik DAP. Pelbagai pandangan yang diutarakan berkaitan dengan isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Ada pendapat mengatakan bahawa DAP telah memulakan perubahan dalam partinya untuk memikat ahli melayu. DAP merupakan parti yang toleransi dengan orang melayu dan menyangkal ianya dikuasai oleh orang-orang cina. Nampaknya ada yang gembira dan ada yang sedih. Penyokong parti pembangkang terutama PAS dan PKR nampaknya gembira. Mereka begitu teruja dengan isu ini dan mengharapkan lebih ramai lagi orang melayu menyertai DAP.
DAP nampaknya telah berjaya menarik minat melayu menyertainya. Mengapa PAS gembira ? sepatutnya PAS rasa terhina kerana orang melayu islam lebih rela masuk DAP dari bersama dengan PAS. Sepatutnya PAS harus bertanya pada diri sendiri kenapa dia gagal untuk menarik orang melayu islam yang lari dari UMNO kepada PAS. Apa yang berlaku sebaliknya.
DAP nampaknya mempunyai agenda yang lebih besar. Mereka sedar tanpa sokongan orang melayu DAP tak mampu untuk menawan Putrajaya. Justeru itu mereka terpaksa membuka pintunya untuk melayu tetapi sejauh mana keiklasannya, sama-samalah kita tengok.
Pada pendapat saya orang melayu dalam DAP akan sama nasibnya dengan orang melayu dalam PAP di Singapura. Sejarah telah menunjukkan begitu. Jadi tidak mustahil kalau satu masa nanti akan lahir PM dari DAP.
Ahad, 29 Januari 2012
DAP Dan PAS
Tidak dapat dinafikan kejayaan BN dalam membangunkan negara kita ini dengan begitu berjaya samada dari segi ekonomi mahu pun perpaduan kaum. Namun penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Tahun Baru Cina menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN. Beliau tidak seharusnya membangkitkan soal kekayaan kaum kerana inilah penyebab kepada berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Ada kah wajar perkara ini dijadikan modal politik murahan DAP.
Apakah agenda sebenar DAP dengan mengemukakan kenyataan sedemikian dengan bahang PRU 13 yang dijangka meletus pada bila-bila masa. Kita benar-benar mengharapkan bahawa semua kaum di negara ini dapat berkongsi kekayaan dan bertolak ansur dalam apa jua urusan. Perkara yang paling penting ialah jangan sesekali kita bertelagah dengan perlembagaan yang telah sedia terpahat. Inilah janji kita dulu yang perlu kita patuh dan taat.
PAS nampaknya semakin terdesak dengan pakatan pembangkang yang terlalu menekan. PAS sudah terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya. Inilah yang telah dinyatakan sendiri oleh bekas pesuruh jaya PAS selangor, Datuk Dr. Hasan Ali. Ahli-ahlinya telah di perdaya dengan pelbagai janji termasuklah undi PAS masuk Syurga. Kepimpinan PAS nampaknya sudah hilang pedoman dalam bahtera mereka sendiri sehingga sanggup mengikut telunjuk DAP dan PKR.
Pilihan raya Umum ke 13 tidak lama lagi akan muncul. Marilah kita sama-sama menolak parti yang tidak ada pegangan ini dan dasarnya sentiasa berubah-ubah demi kepentingan rakan seperjuangan. Berilah sokongan yang padu pada BN yang telah terbukti berjaya dalam pentadbiranya......
Ahad, 22 Januari 2012
PAS sebuah parti politik
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..
Sudah agak lama tidak mencorek apa-apa dilaman ini... Kekurangan masa dan lambakan tugasan menjadikan saya kurang peluang untuk menaip....
Hari ini saya begitu tertarik dengan temu bual yang dibuat oleh wartawan Mingguan Malaysia dengan bekas Pesutuhjaya PAS Selangor dan juga bekas Naib President PAS Dato' Dr. Hasan Ali.
Beliau begitu kecewa dengan kepimpinan PAS sekarang ini yang begitu jelas menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR. Gambran yang diberikan juga jelas menyatakan bahawa PAS telah jauh terpesong dengan perjuangan asal mereka.
PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukan agama... Ini telah lama saya terang kepada kawan-kawan saya yang begitu taksub dengan agenda politik PAS ini. Mereka sengaja menjadikan PAS ini seolah-olah agama agar pengikut mereka menjadi penatik terhadap perjuangannya. Mereka begitu berjaya menyakin pengikutnya bahawa PAS ini maksum...Jika diselidik secara mendalam doktrin ini boleh merosakkan akidah umat Islam.. Jika ini terjadi siapakah yang sepatutnya dipersalahkan...
Nampaknya ramai ahli-ahli PAS terutamanya dikampung-kampung tertipu dan terpedaya dengan muslihat ini. Keuntungan berlipat ganda kepada PAS yang begitu berjaya dalam misinya ini. Saya terkilan kerana pimpinan PAS sanggup mengunakan isu ini demi kepentingan politik mereka. Mereka membelakangkan perpaduan dan mencaci maki sesama Islam untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya.

Isnin, 7 Mac 2011
BN Menang Lagi
Sudah terang lagikan bersuluh. Nampaknya pengundi-pengundi telah mulai menerima konsep yang di bawa oleh PM kita.
Semua pilhanraya kecil berpihak kepada BN dan memberikan gambaran bahawa BN mula diterima bukan sahaja disaluran 1 malah 2 dan 3.
Diharapkan kemenangan ini menjadikan BN lebih kuat dan menjadikan semangat juang anggotanya bertambah.
Walaupun begitu jangan sekali-kali leka dengan kemenangan yang diraih kerana pada bila-bila masa sahaja ianya boleh berubah.
PAS dan PKR nampaknya sudah kehilangan pengaruh. Tapi pemimpin mereka masih angkuh dengan mengatakan mereka pejuang untuk bangsa dan negara.
Khamis, 15 Julai 2010
PAS DAN UMNO
Kerjasama...
1. Perbincangan masih rancak untuk melihat persefahaman antara UMNO dan PAS...
2. Pelbagai tanggapan dan pendapat diberikan..
3. Ahli PAS memandang kerjasama dengan UMNO tak boleh bikin kenapa..? UMNO tak islam kata.. nak kerjasama dengan PAS yang Islam.. Saya nak ulas yang ini... Siap dia kata 'Bodoh' UMNO ni...PAS Islam..?
Adakah yang menghina UMNO ni sedar ke... berdiri dimana dia ni..? Hidup dibumi Malaysia yang begitu aman dan tenteram... Adakah Allah beri anugerah ini begitu saja..? Mungkin inilah manusia yang suka berdemotrasi dan merosakan harta benda awam.. Tidak pernah nak berterima kasih dan bersyukur.... Janganlah terlalu taksub .....
Cuba tanya dengan bekas menteri besar perak yang tak boleh terima dirinya dah kalah tu.. Dia pernah menyatakan di dalam dewan yang PAS tak pernah nak perjuangkan Islam... Tidak ada dalam perlembagaan PAS tentang penubuhan negara islam... Saya harap benar dapat penjelasan lanjut dari Nizar.....
berkerjasama dengan UMNo tak boleh tapi berkerjasama dengan DAP boleh... apa ni.. ahli bawahan PAs ni tahu tak dasar perjuangan DAP tu...? Demi politik sabggup mengadaikan maruah dan agama... tengok-tengoklah geng....

Langgan:
Ulasan (Atom)