Salam Blogger...
1. Hari ini saya dikejutkan dengan keputusan hampir keseluruhan ketua cawangan di DUN Ajil yang sepakat untuk tidak mengadakan mesyuarat Agong Cawangan masing-masing.
2. Perkara ini terjadi selepas rata-rata mereka melahirkan rasa dukacita dan kecewa di atas tindakan ketua bahagian yang ternyata kemaruk kuasa.
3. Mereka sepakat membuat bantahan ini setelah terlalu lama bersabar dengan kerenah ketua bahagian dengan pengikut-pengikutnya yang semakin hari semakin menjadi-jadi.
4. Mereka menuntut ketua bahagian mengembalikan penyelaras DUN Ajil kepada YB DUN, lantikan pegawai APAMT dan Pengerusi JKKK disemak semula.
5. Saya berpendapat ada rasionalnya tindakan mereka ini kerana semua kaedah rundingan menemui jalan buntu. Mereka mengharapkan pengerusi perhubungan negeri mengambil perhatian yang serius mengenai perkara ini.
6. Tindakan ketua bahgian ini sudah keterlaluan dan perlu dihentikan bagi mengujudkan kembali suasana yang baik dan tenteram. Beliau sepatutnya mengambil langkah bijak untuk memulihkan keadaan yang semakin tak menentu dan bukan bertindak memijak orang lain yang boleh mengeruhkan lagi keadaan yang telah punah.
7. Disini nampak jelas ketua bahagian begitu rakus menggunakan kuasa untuk menghancurkan mereka yang tidak bersamanya semasa pemilihan bahagian tahun lepas. Kuasa yang ada ini digunakan secara total untuk melumpuhkan mereka semua sekali tanpa mengambil kira kepentingan parti UMNO yang kita sayangi ini.
8. Sebagai ketua bahagian, beliau sepatutnya berusaha untuk memulihkan keadaan dan bukannya memburukkan suasana. Pertandingan dalam keluarga, 'yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua' nampaknya tidak menjadi.
9. Pihak yang kalah dalam pemilihan tersebut ditindas seteruk-teruknya dan pihak yang menang nampaknya bermaharajalela. Jika perkara ini tidak dibendung segera yakinlah bahawa UMNO Bahagian Hulu Terengganu akan lumpuh pada pilihanraya umum akan datang. "UMNO kalah tak mengapa asalkan dapat memegang jawatan ketua bahagian". Adakah ini dijadi wadah perjuangan.
10. Saya tak nampak kepada pengerusi penyelaras DUN dipegang oleh ketua bahagian dan bukan YB DUN. Untuk memperkasakan UMNO DUN Ajil? Apakah UMNO DUN Ajil tidak perkasa sebelum ini? Dalam pilihanraya tahun 1999, YB Dato' Rosol menang dengan majoriti 125 undi, pilihanraya tahun 2004, menanag lagi dengan 3747 undi dan pilihanraya tahun 2008, bertambah dengan 4727 undi. Angka-angka yang ditunjukkan ini memberikan gambaran bahawa DUN Ajil memang dah perkasa walaupun tanpa bantuan ketua bahagian dalam pilihanraya umum tahun 2008. DUN Ajil mampu menang dan menambah undi walaupun ketua bahagian waktu itu berpeluk tubuh. Kecewa kerana namanya tidak dicalon untuk pilihanraya tersebut, beliau telah mengambil langkah berdiam diri dan tidak membantu semasa pilihanraya tersebut tetapi UMNO mencatatkan peningkatan di DUN Ajil. Kalau niat nak memperkasakan lupakan DUN Ajil tetapi tumpukan kepada DUN Manir yang sentiasa kalah dalam pilihanraya. Saya cukup yakin niatnya bukan untuk memperkasakan UMNO DUN Ajil tetapi sifat dendam, iri hati, benci, menyampah, begang dan berbagai istilah lagi yang seumpama dengannya tersemat kukuh disanubari. Agenda peribadi berada didepannya diutamakan dan bukan memperkasakan UMNO.
11. Banyak lagi yang nak saya perkatakan tetapi sekadar itu dulu untuk kali ini. Marilah rakan-rakan semua kita menginsafi apa yang telah berlaku dan kita bersatu hati untuk memastikan parti UMNO ini releven sepanjang masa dan sesuai dengan zamannya. Jangan terlalu menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi tanpa menghiraukan keruntuhan yang bakal berlaku di dalam parti. Budaya ugut mengugut perlu dihapuskan dan kembalilah kepangkal jalan demi UMNO bukan kepentingan segelintir ahli parti... tengok-tengoklah.
1 ulasan:
Cikgu, sebenarnya apa yang dilakukan oleh YB Dato' Rosol semasa perlantikan MB dulu tu adalah suatu perkara yang cukup besar kesan dan impaknya. Oleh itu, saya cadangkan kepada para penyokong Dato' Rosol supaya menerimalah 'bala' yang menimpa mereka akibat daripada itu. Makin mereka melawan, keadaan makin parah bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada rakyat Terengganu seluruhnya.
Ini pandangan bebas saya.
Catat Ulasan