Salam Blogger...
1. Muktamar PAS yang ke 55 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Rata-rata calon dari Kelantan yang bertanding kerusi tertinggi parti itu ditolak oleh perwakilan. Sebab musababnya saya tak tahu. Mungkin juga kerana Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berasal dari Kelantan dan berada dikerusi tertinggi parti.
2. Yang menariknya, keputusan yang dibuat pada muktamar kali ini juga menunjukkan mereka tidak konsisten dan memiliki perbezaan ideologi. Mereka cuba untuk berada di arus perdana kerana sebelum ini jarang Pemuda Pas meluluskan usul mendesak kerajaan Pusat. Perbezaaan dalam Pas juga jelas kelihatan, sebelum ini pemimpin Pas tidak menyokong Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana mereka mengatakan UMNO itu Melayu dan mereka Islam tetapi Dewan Pemuda Pas meluluskan usul mendesak kerajaan supaya pertahankan ekuiti 30 peratus, ini menunjukkan mereka tidak konsisten. Sebelum ini pemimpin parti itu tidak ambil kisah pun mengenai DEB malah seringkali mengutarakan pembahagian sama rata untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan warna kulit tetapi sekarang lain pulak yang mereka lakukan dalam usaha untuk mengelirukan fikiran rakyat.
3. Mungkin mereka sudah mulai sedar selama ini, mereka diperkotak katik di dalam pakatan pembangkang. Satu ketika duhulu mereka mendakwa ahli UMNO kafir kerana berkerjasama dengan bukan Islam malahan kalau mereka mati pun kerana menentang UMNO dan kerajaan BN pada waktu itu adalah mati syahid, tetapi sekarang ini bagaimana dengan kerjasama PAS dengan DAP yang nyata dan jelas menolak Islam. Adakah ini merupakan permulaan perubahan yang akan dilakukan oleh PAS.
4. Amat berbeza sekali pendirian parti ini, kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tak boleh. Pengikut parti ini begitu setia dengan pemimpin mereka, apa jua yang diperkatakan olehnya akan dianggap betul dan perlu dipatuhi kerana imej Islam yang tonjolkan mereka. Cukup licik pemimpin-pemimpin PAS dalam melaksanakan agenda mereka dengan menjanjikan Syurga dan Neraka kepada pengikut-pengikutnya.
5. Mursyidul Am PAS mengatakan kerjasama dengan UMNO adalah sesuatu yang mengarut tetapi kerjasama dengan DAP tak menjadi masalah. semakin lama saya mengikuti perkembangan Muktamar PAS semakin menjadi keliru dan haru biru mengenai pegangan dan dasar perjuangannya... Entahlah.. Tengok-tengoklah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan