Salam....
1.Kalau dibaca dalam akhbar baru-baru ni, Dato' Rosol ada mendakwa berkenaan dengan politik wang dari RM 300 hingga RM 1000 semasa pemilihan bahagian Hulu Terengganu yang baru berlalu.
2.Adakah dakwaan ini benar? Jika benar apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak berwajib. Pihak berwajub lagi? Mengapa kita semua tidak ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Kemanakah arah tuju UMNO jika pemimpin yang rasuah memimpin UMNO yang kita sayangi ini.
3.Nampaknya perwakilan lebih rela pemimpin yang rasuah mengepalai UMNO jika dakwaan yang dinyatakan betul-betul berlaku. Nampaknya jual-beli undi didalam pemilihan UMNO masih berleluasa. Mereka rela memberikan undi kepada mereka yang membayar. Dimanakah harga diri perwakilan ini? Adakah dengan duit RM 300 sudah cukup untuk mereka mengadaikan maruah mereka.
4.Hanya mereka yang berduit sahajalah yang layak untuk menjadi calon dalam pemilihan UMNO dan dapat menawan hati perwakilan memberikan undi untuk mereka. Yang tidak berduit, walaupun layak bukan menjadi ukuran.
5.Jika keadaan ini berterusan UMNO akan menjadi parti yang lemah pada satu masa nanti. Jika para perwakilan terus memberikan undi kepada mereka yang rasuah ini tidak mustahil UMNO akan dipenuhi oleh pemimpin yang rasuah.
6.Marilah kita sama-sama merenung untuk masa depan UMNO parti keramat yang kita sayangi ini.Jangan sampai UMNO ini dipimpin oleh mereka yang berkepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. Percayalah kalau ini tidak dibendung, satu hari nanti UMNO tidak akan dihormati lagi oleh rakyat... Tengok-tengoklah.
1 ulasan:
kita perlu berusaha keras untuk membanteras gejala ini jika ianya benar-benar berlaku,insyaALLAH badan disiplin akan menyiasat perkara ini
Catat Ulasan