Isnin, 30 Januari 2012

Melayu Dalam DAP

Salam blogger.....

Mutakhir ini ada kedengaran tentang kemasukan orang-orang melayu dalam parti politik DAP. Pelbagai pandangan yang diutarakan berkaitan dengan isu ini. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Ada pendapat mengatakan bahawa DAP telah memulakan perubahan dalam partinya untuk memikat ahli melayu. DAP merupakan parti yang toleransi dengan orang melayu dan menyangkal ianya dikuasai oleh orang-orang cina. Nampaknya ada yang gembira dan ada yang sedih. Penyokong parti pembangkang terutama PAS dan PKR nampaknya gembira. Mereka begitu teruja dengan isu ini dan mengharapkan lebih ramai lagi orang melayu menyertai DAP.

DAP nampaknya telah berjaya menarik minat melayu menyertainya. Mengapa PAS gembira ? sepatutnya PAS rasa terhina kerana orang melayu islam lebih rela masuk DAP dari bersama dengan PAS. Sepatutnya PAS harus bertanya pada diri sendiri kenapa dia gagal untuk menarik orang melayu islam yang lari dari UMNO kepada PAS. Apa yang berlaku sebaliknya.

DAP nampaknya mempunyai agenda yang lebih besar. Mereka sedar tanpa sokongan orang melayu DAP tak mampu untuk menawan Putrajaya. Justeru itu mereka terpaksa membuka pintunya untuk melayu tetapi sejauh mana keiklasannya, sama-samalah kita tengok.

Pada pendapat saya orang melayu dalam DAP akan sama nasibnya dengan orang melayu dalam PAP di Singapura. Sejarah telah menunjukkan begitu. Jadi tidak mustahil kalau satu masa nanti akan lahir PM dari DAP.

Ahad, 29 Januari 2012

DAP Dan PAS

Tidak dapat dinafikan kejayaan BN dalam membangunkan negara kita ini dengan begitu berjaya samada dari segi ekonomi mahu pun perpaduan kaum. Namun penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Tahun Baru Cina menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN. Beliau tidak seharusnya membangkitkan soal kekayaan kaum kerana inilah penyebab kepada berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Ada kah wajar perkara ini dijadikan modal politik murahan DAP.

Apakah agenda sebenar DAP dengan mengemukakan kenyataan sedemikian dengan bahang PRU 13 yang dijangka meletus pada bila-bila masa. Kita benar-benar mengharapkan bahawa semua kaum di negara ini dapat berkongsi kekayaan dan bertolak ansur dalam apa jua urusan. Perkara yang paling penting ialah jangan sesekali kita bertelagah dengan perlembagaan yang telah sedia terpahat. Inilah janji kita dulu yang perlu kita patuh dan taat.

PAS nampaknya semakin terdesak dengan pakatan pembangkang yang terlalu menekan. PAS sudah terpesong jauh dari matlamat asal penubuhannya. Inilah yang telah dinyatakan sendiri oleh bekas pesuruh jaya PAS selangor, Datuk Dr. Hasan Ali. Ahli-ahlinya telah di perdaya dengan pelbagai janji termasuklah undi PAS masuk Syurga.  Kepimpinan PAS nampaknya sudah hilang pedoman dalam bahtera mereka sendiri sehingga sanggup mengikut telunjuk DAP dan PKR.

Pilihan raya Umum ke 13 tidak lama lagi akan muncul. Marilah kita sama-sama menolak parti yang tidak ada pegangan ini dan dasarnya sentiasa berubah-ubah demi kepentingan rakan seperjuangan. Berilah sokongan yang padu pada BN yang telah terbukti berjaya dalam pentadbiranya......

Ahad, 22 Januari 2012

PAS sebuah parti politik

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..

Sudah agak lama tidak mencorek apa-apa dilaman ini... Kekurangan masa dan lambakan tugasan menjadikan saya kurang peluang untuk menaip....

Hari ini saya begitu tertarik dengan temu bual yang dibuat oleh wartawan Mingguan Malaysia dengan bekas Pesutuhjaya PAS Selangor dan juga bekas Naib President PAS Dato' Dr. Hasan Ali.

Beliau begitu kecewa dengan kepimpinan PAS sekarang ini yang begitu jelas menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan PKR. Gambran yang diberikan juga jelas menyatakan bahawa PAS telah jauh terpesong dengan perjuangan asal mereka.

PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukan agama... Ini telah lama saya terang kepada kawan-kawan saya yang begitu taksub dengan agenda politik PAS ini. Mereka sengaja menjadikan PAS ini seolah-olah agama agar pengikut mereka menjadi penatik terhadap perjuangannya. Mereka begitu berjaya menyakin pengikutnya bahawa PAS ini maksum...Jika diselidik secara mendalam doktrin ini boleh merosakkan akidah umat Islam.. Jika ini terjadi siapakah yang sepatutnya dipersalahkan...

Nampaknya ramai ahli-ahli PAS terutamanya dikampung-kampung tertipu dan terpedaya dengan muslihat ini. Keuntungan berlipat ganda kepada PAS yang begitu berjaya dalam misinya ini. Saya terkilan kerana pimpinan PAS sanggup mengunakan isu ini demi kepentingan politik mereka. Mereka membelakangkan perpaduan dan mencaci maki sesama Islam untuk mencapai cita-cita ke Putrajaya.