Salam Blogger...
1. Mesyuarat Agong cawangan DUN Ajil akan dilakukan serentak pada 26 Jun 2009 ini.
2. Waktu mesyuarat akan ditentukan oleh cawangan masing-masing.
3. Tiga usul akan dibentangkan di dalam mesyuarat tersebut.
a. Paerlantikan JKKK mestilah melalui cadangan dan pertimbangan YB DUN.
b. Perlantikan APAMT hendaklah dibawah nasihat YB DUN.
c. Penyelaras DUN hendaklah dikembalikan kepada YB DUN.
4. Mesyuarat ini juga akan menyuarakan cadangan perwakilan ke Kulala Lumpur kepada YB Rosol, YB Zawawi dan YB Mohd Nor.
5. Semua yang dinyatakan ini merupakan sesuatu yang wajar dipertimbangkan oleh ahli mesyuarat cawangan dan perlu diluluskan.
6. Semua yang diberikan pandangan ini adalah untuk kebaikan parti dimasa hadapan dan menjamin kekuatan serta keutuhan parti diperingkat akar umbi... Tengok-tengoklah..
Khamis, 18 Jun 2009
Rabu, 10 Jun 2009
UMNO Bahagian Hulu Terengganu Kian Parah
Salam Blogger...
1. Hari ini saya dikejutkan dengan keputusan hampir keseluruhan ketua cawangan di DUN Ajil yang sepakat untuk tidak mengadakan mesyuarat Agong Cawangan masing-masing.
2. Perkara ini terjadi selepas rata-rata mereka melahirkan rasa dukacita dan kecewa di atas tindakan ketua bahagian yang ternyata kemaruk kuasa.
3. Mereka sepakat membuat bantahan ini setelah terlalu lama bersabar dengan kerenah ketua bahagian dengan pengikut-pengikutnya yang semakin hari semakin menjadi-jadi.
4. Mereka menuntut ketua bahagian mengembalikan penyelaras DUN Ajil kepada YB DUN, lantikan pegawai APAMT dan Pengerusi JKKK disemak semula.
5. Saya berpendapat ada rasionalnya tindakan mereka ini kerana semua kaedah rundingan menemui jalan buntu. Mereka mengharapkan pengerusi perhubungan negeri mengambil perhatian yang serius mengenai perkara ini.
6. Tindakan ketua bahgian ini sudah keterlaluan dan perlu dihentikan bagi mengujudkan kembali suasana yang baik dan tenteram. Beliau sepatutnya mengambil langkah bijak untuk memulihkan keadaan yang semakin tak menentu dan bukan bertindak memijak orang lain yang boleh mengeruhkan lagi keadaan yang telah punah.
7. Disini nampak jelas ketua bahagian begitu rakus menggunakan kuasa untuk menghancurkan mereka yang tidak bersamanya semasa pemilihan bahagian tahun lepas. Kuasa yang ada ini digunakan secara total untuk melumpuhkan mereka semua sekali tanpa mengambil kira kepentingan parti UMNO yang kita sayangi ini.
8. Sebagai ketua bahagian, beliau sepatutnya berusaha untuk memulihkan keadaan dan bukannya memburukkan suasana. Pertandingan dalam keluarga, 'yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua' nampaknya tidak menjadi.
9. Pihak yang kalah dalam pemilihan tersebut ditindas seteruk-teruknya dan pihak yang menang nampaknya bermaharajalela. Jika perkara ini tidak dibendung segera yakinlah bahawa UMNO Bahagian Hulu Terengganu akan lumpuh pada pilihanraya umum akan datang. "UMNO kalah tak mengapa asalkan dapat memegang jawatan ketua bahagian". Adakah ini dijadi wadah perjuangan.
10. Saya tak nampak kepada pengerusi penyelaras DUN dipegang oleh ketua bahagian dan bukan YB DUN. Untuk memperkasakan UMNO DUN Ajil? Apakah UMNO DUN Ajil tidak perkasa sebelum ini? Dalam pilihanraya tahun 1999, YB Dato' Rosol menang dengan majoriti 125 undi, pilihanraya tahun 2004, menanag lagi dengan 3747 undi dan pilihanraya tahun 2008, bertambah dengan 4727 undi. Angka-angka yang ditunjukkan ini memberikan gambaran bahawa DUN Ajil memang dah perkasa walaupun tanpa bantuan ketua bahagian dalam pilihanraya umum tahun 2008. DUN Ajil mampu menang dan menambah undi walaupun ketua bahagian waktu itu berpeluk tubuh. Kecewa kerana namanya tidak dicalon untuk pilihanraya tersebut, beliau telah mengambil langkah berdiam diri dan tidak membantu semasa pilihanraya tersebut tetapi UMNO mencatatkan peningkatan di DUN Ajil. Kalau niat nak memperkasakan lupakan DUN Ajil tetapi tumpukan kepada DUN Manir yang sentiasa kalah dalam pilihanraya. Saya cukup yakin niatnya bukan untuk memperkasakan UMNO DUN Ajil tetapi sifat dendam, iri hati, benci, menyampah, begang dan berbagai istilah lagi yang seumpama dengannya tersemat kukuh disanubari. Agenda peribadi berada didepannya diutamakan dan bukan memperkasakan UMNO.
11. Banyak lagi yang nak saya perkatakan tetapi sekadar itu dulu untuk kali ini. Marilah rakan-rakan semua kita menginsafi apa yang telah berlaku dan kita bersatu hati untuk memastikan parti UMNO ini releven sepanjang masa dan sesuai dengan zamannya. Jangan terlalu menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi tanpa menghiraukan keruntuhan yang bakal berlaku di dalam parti. Budaya ugut mengugut perlu dihapuskan dan kembalilah kepangkal jalan demi UMNO bukan kepentingan segelintir ahli parti... tengok-tengoklah.

Isnin, 8 Jun 2009
Muktamar PAS ke 55
Salam Blogger...
1. Muktamar PAS yang ke 55 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Rata-rata calon dari Kelantan yang bertanding kerusi tertinggi parti itu ditolak oleh perwakilan. Sebab musababnya saya tak tahu. Mungkin juga kerana Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berasal dari Kelantan dan berada dikerusi tertinggi parti.
2. Yang menariknya, keputusan yang dibuat pada muktamar kali ini juga menunjukkan mereka tidak konsisten dan memiliki perbezaan ideologi. Mereka cuba untuk berada di arus perdana kerana sebelum ini jarang Pemuda Pas meluluskan usul mendesak kerajaan Pusat. Perbezaaan dalam Pas juga jelas kelihatan, sebelum ini pemimpin Pas tidak menyokong Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana mereka mengatakan UMNO itu Melayu dan mereka Islam tetapi Dewan Pemuda Pas meluluskan usul mendesak kerajaan supaya pertahankan ekuiti 30 peratus, ini menunjukkan mereka tidak konsisten. Sebelum ini pemimpin parti itu tidak ambil kisah pun mengenai DEB malah seringkali mengutarakan pembahagian sama rata untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan warna kulit tetapi sekarang lain pulak yang mereka lakukan dalam usaha untuk mengelirukan fikiran rakyat.
3. Mungkin mereka sudah mulai sedar selama ini, mereka diperkotak katik di dalam pakatan pembangkang. Satu ketika duhulu mereka mendakwa ahli UMNO kafir kerana berkerjasama dengan bukan Islam malahan kalau mereka mati pun kerana menentang UMNO dan kerajaan BN pada waktu itu adalah mati syahid, tetapi sekarang ini bagaimana dengan kerjasama PAS dengan DAP yang nyata dan jelas menolak Islam. Adakah ini merupakan permulaan perubahan yang akan dilakukan oleh PAS.
4. Amat berbeza sekali pendirian parti ini, kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tak boleh. Pengikut parti ini begitu setia dengan pemimpin mereka, apa jua yang diperkatakan olehnya akan dianggap betul dan perlu dipatuhi kerana imej Islam yang tonjolkan mereka. Cukup licik pemimpin-pemimpin PAS dalam melaksanakan agenda mereka dengan menjanjikan Syurga dan Neraka kepada pengikut-pengikutnya.
5. Mursyidul Am PAS mengatakan kerjasama dengan UMNO adalah sesuatu yang mengarut tetapi kerjasama dengan DAP tak menjadi masalah. semakin lama saya mengikuti perkembangan Muktamar PAS semakin menjadi keliru dan haru biru mengenai pegangan dan dasar perjuangannya... Entahlah.. Tengok-tengoklah ...

Selasa, 2 Jun 2009
Stadium Runtuh

Salam Blogger..
1. Runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak hari ini merupakan satu tamparan hebat kepada pembinaan canggih di Kuala Terengganu.
2. Separuh dari bumbung stadium tersebut ranap menyembah bumi tepat jam 09.45 pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Namun begitu sebuah kereta kancil dan 4 biji motorsikal terpenyek di bawah runtuhan tersebut.
3. Mengapakah peristiwa begini berlaku terhadap bangunan yang hanya setahun jangung didirikan. Apakah yang telah terjadi kepada tahap keselamatan bangunan di negeri ini. Sikap sambil lewa pihak-pihak terbabit amatlah dikesali.
Inilah gambar bahagian hadapan runtuhan tersebut.
Mengapa ini boleh berlaku.
Langgan:
Ulasan (Atom)