Selasa, 10 Februari 2009

Pelan Tak Menjadi

Salam Blogger..

1. Sudah terang lagikan bersuluh... Memang kerja pembangkang halal apabila memihak kepadanya dan haram apabila memihak kepada lawannya...

2.Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.

3. Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu. Alih-alih 16 Febuary pula yang timbul.

4. Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR. Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

5. Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak,Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah. Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.

6. Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya. Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menjelaskan apa yang berlaku di dalam PR apabila menyarankan Anwar meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dalam satu sidang akhbar di Georgetown.

7. Anwar tidak layak jadi ketua PR kerana bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang. Ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

Tiada ulasan: