Jumaat, 13 Februari 2009

Pilihanraya

Salam Blogger...

1. Nampaknya kita sekali lagi akan berdepan dengan piliharaya kecil parlimen dan DUN.. Satu di Perak dan satu lagi di Kedah...
2. Sekali lagi BN berpeluang menilai sokongan rakyat terhadap parti kerajaan samada di Perak atau di Kedah...
3. Diharapkan dengan kepimpinan baru di Perak dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.. dan menjadi penyambung kepada kepimpinan dan keyakinan rakyat Perak terhadap kerajaan persekutuan..
4. Harap-harap ada angin perubahan di kedua-dua negeri tersebut...

Khamis, 12 Februari 2009

Saman-Menderhaka


Salam...

1. Adalah kurang adab bila rakyat menderhaka kepada sultan..

2. Tidak menurut kehendak sultan tu menderhakalah namanya.... Tak kiralah dalam apa bentuk sekali pun...

3. Apa yang telah berlaku di Perak diharap tidak akan berulang lagi di mana-mana negeri pun selepas ini..

4. Kalau pada Sultan kita tak hormat, kepada siapa lagi kita nak taat....?

5. Adakah dengan berpolitik kita dihalalkan semua cara...?

6. Bukankah kita ingin hidup dalam aman.... kenapa suka menimbulkan kacau bilau...Tengok-tengoklah...

Selasa, 10 Februari 2009

Pelan Tak Menjadi

Salam Blogger..

1. Sudah terang lagikan bersuluh... Memang kerja pembangkang halal apabila memihak kepadanya dan haram apabila memihak kepada lawannya...

2.Sebelum ini apabila para pemimpin Barisan Nasional (BN) cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi pelopor budaya lompat parti ia dianggap satu propaganda.

3. Semua orang tahu mengenai Pelan 16 Septembernya yang tak menjadi hingga ada drama kejar mengejar para Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan tidak lama dahulu. Alih-alih 16 Febuary pula yang timbul.

4. Kemudiannya beliau tampil bergaya apabila Ahli Dewan Undangan Negeri BN kawasan Bota,Perak Datuk Nasaruddin Hashim melompat 11 hari ke PKR. Tidak timbul soal perlu pilihanraya semula. Bagi Anwar itulah demokrasi.

5. Namun apabila dua Exco Kerajaan Negeri PKR Perak,Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu isytihar diri melompat jadi wakil rakyat Bebas, beliau terus menjerit kata tak sah. Rupanya dalam barisan pembangkang ramai yang ‘angin satu badan’ pada Anwar kerana bersikap lidah bercabang dalam soal melompat parti.

6. Ada yang memendam rasa dan ada yang sudah tidak tahan dengan karenahnya. Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menjelaskan apa yang berlaku di dalam PR apabila menyarankan Anwar meletak jawatan sebagai ketua pembangkang dalam satu sidang akhbar di Georgetown.

7. Anwar tidak layak jadi ketua PR kerana bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan ketegangan di kalangan pembangkang. Ahli PKR dan DAP telah terperangkap dengan retorik Anwar yang menyokong perbuatan wakil rakyat melompat parti.

Isnin, 2 Februari 2009

Masuk Dan Keluar

Salam Blogger...
1. Di akhir-akhir ini sering kedengaran ADUN yang berpindah kerusi..
2. Baru-baru ini dikejutkan dengan ADUN dari BN berpindah ke PR...
3. Hari ini dilaporkan pula ADUN dari PKR untuk berpindah ke BN...
4. Apa dah jadi dengan ADUN-ADUN kita ni...
5. Apakah tiada pendirian atau segaja menimbulkan keraguan dan kegelisahan dihati rakyat..
6. Kalau boleh kita nak tengok sampai pilihanraya yang akan datang ni...... samada ada perubahan atau sebaliknya....