Khamis, 29 Januari 2009

JKKK BERSALAH..?

1. Rencana ini diolah khas untuk pengerusi JKKK yang dikatakan bertanggungjawab kepada kekalahan P036 Kuala Terengganu. Cuma adakah semuanya betul atau sebaliknya?
2. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihanraya kecil ini iaitu UMNO akan mengalami kekalahan atas beberapa faktor yang agak kronik. Saya tidak memihak kepada sesiapa.
3. Adakah kekalahan ini disebabkan oleh JKKK semata-mata? Pada saya jangan menafikan kesalahan diri sendiri dan kemudian menyandarkan kepada orang lain. Sejauh mana kuasa yang ada pada pengerusi JKKK sehingga boleh menyebabkan kekalahan yang begitu teruk dalam pemilihan P036 baru-baru ini.
4. Tengoklah apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang berada dipuncak samada diperingkat bahagian mahu pun negeri. Apa yang telah mereka lakukan semasa pemilihan baru-baru ini. Banyak lagi sebenarnya.. tetapi tak perlu diceritakan sebab mereka sendiri boleh menilai, jangan jadi hipokrik. Tetapi saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihanraya Mac 2008. Tengok-tengoklah.
5. Saya amat sayang kepada UMNO yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.
6. Walaupun sayang tetapi tidaklah sayang yang membuta tuli kerana tidak baik bagi yang sayang dan juga yang disayangi. Saya amat bimbang dengan suasana itu kerana ahli-ahli UMNO sekarang tidak lagi berpegang kepada matlamat perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara. Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO. Majoriti ahli UMNO setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.
7. Biarlah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada UMNO. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin UMNO

1 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Saya rasa JKKK kampung pun perlu buat perubahan jugaklah..

Jangan sindir-menyindir dan sombang...

Rakyat dah tak suka perkara ni...
Apatah lagi generasi muda..
Mereka dah meluat :-)





























Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com