Sabtu, 3 Januari 2009

CALON PAS DIUMUM

1. PAS mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endot sebagai calonnya untuk berentap dengan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
2. Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman berkenaan di Stadium Negeri di Batu Burok,Kuala Terengganu malam Khamis lalu.
3.Mohd Abdul Wahid Endot,52 yang namanya tidak terlintas langsung dalam segala teka teki ialah Ketua Bahagian PAS Kuala Terengganu dan sudah lima penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam.
4. Ini merupakan pertandingan antara dua Ketua Bahagian memandangan Wan Farid juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
5. Apa yang menarik di sini ialah kenyataan Datuk Seri Hj. Abdul Hadi semasa membuat pengumuman itu dimana beliau menegaskan bahawa calon itu ‘ adalah pilihannya sendiri’.
6. Ini adalah bertentangan dengan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini mahu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang tewas semasa pilihanraya umum Mac 2008 bertanding semula di situ.
7. Sebelum ini tumpuan spekulasi ialah pada ADUN Batu Burok ,Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, yang pernah jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
8. Kelewatan PAS mengumumkan calonnya iaitu 11 hari selepas BN menampakkan pertikaian yang lama untuk diselesaikan.
9. Ini merupakan salah satu diantara tanda-tanda wujud pergeseran dalam memilih calon diantara puak Erdogan dalam PAS yakni yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan golongan yang tidak mahu mereka dilihat berada dibawah telunjuk Penasihat PKR itu.
10. Apapun piliihanraya kali ini pasti menjanjikan suasana yang mendebarkan mengenangkan perbezaan undi 628 yang dimenangi oleh calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail. BN tidak boleh mendabik dada. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini perlulah diselesaikan dulu dengan cara yang lebih baik. Tengok-tengoklah..

Tiada ulasan: