Khamis, 29 Januari 2009

JKKK BERSALAH..?

1. Rencana ini diolah khas untuk pengerusi JKKK yang dikatakan bertanggungjawab kepada kekalahan P036 Kuala Terengganu. Cuma adakah semuanya betul atau sebaliknya?
2. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam pilihanraya kecil ini iaitu UMNO akan mengalami kekalahan atas beberapa faktor yang agak kronik. Saya tidak memihak kepada sesiapa.
3. Adakah kekalahan ini disebabkan oleh JKKK semata-mata? Pada saya jangan menafikan kesalahan diri sendiri dan kemudian menyandarkan kepada orang lain. Sejauh mana kuasa yang ada pada pengerusi JKKK sehingga boleh menyebabkan kekalahan yang begitu teruk dalam pemilihan P036 baru-baru ini.
4. Tengoklah apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang berada dipuncak samada diperingkat bahagian mahu pun negeri. Apa yang telah mereka lakukan semasa pemilihan baru-baru ini. Banyak lagi sebenarnya.. tetapi tak perlu diceritakan sebab mereka sendiri boleh menilai, jangan jadi hipokrik. Tetapi saya tidak yakin mereka akan faham. Mereka akan nafi segala kesalahan mereka seperti dengan prestasi buruk pilihanraya Mac 2008. Tengok-tengoklah.
5. Saya amat sayang kepada UMNO yang ditubuh oleh pejuang-pejuang kebangsaan dahulu. Tetapi parti yang ada sekarang bukan UMNO dari segi semangat dan perjuangannya. Yang ada ialah parti yang utamakan kepentingan diri, terutama pemimpin-pemimpinnya.
6. Walaupun sayang tetapi tidaklah sayang yang membuta tuli kerana tidak baik bagi yang sayang dan juga yang disayangi. Saya amat bimbang dengan suasana itu kerana ahli-ahli UMNO sekarang tidak lagi berpegang kepada matlamat perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara. Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO. Majoriti ahli UMNO setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya. Pepatah Melayu sekali lagi memberi pengajaran. "Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah". kesetiaan ahli pada pemimpin harus mempunyai batasan.
7. Biarlah kekalahan UMNO di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada UMNO. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum. Sesungguhnya rakyat termasuk orang Melayu meluat melihat sikap ahli dan pemimpin UMNO

Selasa, 20 Januari 2009

TEWAS

Salam blogger...
1. Semua sudah tahu BN TEWAS di P036. Apa yang tinggal hanya hanya persoalan.. Kenapa..?
2. Kehilangan satu kerusi di Parlimen bermakna pembangkang menambah satu lagi kerusi. Kenapa ini harus berlaku..?
3. Kempen....? Ramai rakan dari seluruh negeri datang membantu sehingga sesak bandaraya Kuala Terengganu... Rakan saya sendiri ada yang datang dari Melaka, Selangor dan satu dua negeri lagi sempat bersembang dengan mereka.
4. Jentera ....? Jangan ceritalah.. Banyak.. tetapi adakah berkesan...? Seluruh negeri Terengganu turun membantu.... Mana silapnya...?
5. Semua guru-guru, pegawai kerajaan dan kakitangan MBKT dipanggil bertemu sampai dua atau tiga kali ..... Adakah berkesan? Berapakah undi mereka ini diperolehi BN baru-baru ini..?
6. Kenapa begitu ramai mereka yang tidak keluar mengundi..? Lebih kurang 20,000 orang yang tidak mengundi.. Kemanakah mereka ini..? Adakah mereka penyokong PAS...? Ternyata sebahagian besar dari mereka adalah ahli UMNO dan BN.. Kenapa.?
7. UMNO perlu membaiki penampilan.. Berilah kepimpinan parti kepada yang berhak.. Jangan dok syok sendiri... Tengok-tengoklah...

Jumaat, 9 Januari 2009

Persoalan

Salam Blogger...
Persoalan yang perlu dijawab dengan jujur oleh pemimpin PAS berkaitan dengan tuduhan terhadap UMNO selama ini...
1. Dulu menghukum kafir ahli UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC. Bagaimana pula kedudukan PAS sekarang yang bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menolak Hukum Hudud.
2. Dulu sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Bagaimana sekarang ni, nampak boleh pulak dimakan.
3. Dulu sembanyang dua imam. Bagaimana sekarang ni boleh pulak tu.
4. Sekarang ni timbul pula fatwa baru, undi PAS dapat pahala, undi UMNO dapat dosa. Bagaimana pulak tu.
5. Adakah dengan keuntungan berpihak pada PAS menjadi halal dan jika keuntungan itu berpihak kepada UMNO menjadi haram..
6. Apakah semua perkara yang dilakukan oleh pemimpin PAS ni betul semuanya, manakala semua yang salah itu dipikul oleh pemimpin UMNO.
7. Adakah pemimpin PAS tidak mendapat dosa kerana dia PAS, dipelihara oleh ALLAH segala dosa. Hai macam nabi bunyinya. Kalau inilah yang dipegang sebagai amalan atau pegangan perlu diperbetulkan.
8. Ada juga yang mengatakan undi PAS masuk Syurga, undi UMNO masuk neraka. Begitu mudah menghukum bagai Syurga dan Neraka dibina sendiri.
Maaflah kalau catatan kali ini agak keterlaluan. Bukan menuduh tetapi mencari kebenaran dan penjelasan yang benar-benar jelas. Jangan dikelirukan lagi rakyat yang ternyata bertambah keliru. jujurlah dalam perjuangan jangan kerana parti semua halal dan baik. tengok-tengoklah.

Rabu, 7 Januari 2009

Sekatan Ekonomi

Salam blogger
1. Saya benar-benar kecewa dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berkaitan dengan isu kekejaman Israel di Palestin. Nampaknya Amerika berat sebelah di dalam menangangi isu-isu antarabangsa.
2. Kita seharusnya sepakat di dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada Amerika dengan cara memboikot barang-barang keluarannya dan Israel.
3. Sepatutnya negara-negara Islam perlu menggunakan kekuatan sumber ekonomi yang dimilikinya terutama minyak bagi memberi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.
4. Untuk bertindak balas dengan menggunakan kekerasan mungkin akan melibatkan keadaan yang lebih tegang. Dengan cara memberikan tekanan terhadap ekonominya itu lebih baik daripada bertindak balas dengan cara kekerasan.
5. Mungkin juga kita tidak mampu untuk melawan dengan cara kekerasan seperti Israel kerana kita tidak ada kekuatan dari segi senjata.
6. AS adalah pengeluar senjata jadi itu tidak ada masalah untuk mereka dan Israel untuk bertindak sedekian. Mereka juga nampaknya tidak berperikemanusiaan dengan bertindak membunuh kanak-kanak, wanita orang tua dan sebagainya.
7. Marilah kita sama-sama menyokong untuk memboikot barangan keluaran negara-negara berkenaan agar dapat memberikan tekanan kepada pertumbuhan ekonomi mereka.

Ahad, 4 Januari 2009

Zionis Vs Palestin

CELAKA ZIONIS!...
1. PEMIMPIN agama Islam dan Kristian berganding bahu pada protes terhadap Israel di Sao Paulo, Brasil, kelmarin. – AP
2. Perkataan sebegini semakin bergema di seluruh dunia dalam protes-protes jalanan bagi membantah kekejaman Israel yang masuk hari kelapan, semalam.
3. Sekurang-kurangnya 435 orang penduduk Palestin terkorban sementara 2,285 yang lain cedera akibat bedilan jet pejuang dan kapal perang rejim Yahudi laknat ke atas Genting Gaza yang kini masuk minggu kedua.
4. Malangnya, ketika perang ini mendapat tentangan dari masyarakat dunia, Amerika Syarikat (AS) pula menyokong tindakan Israel dengan alasan penjajah Zionis itu berhak mempertahankan diri.
5. Kita mungkin tidak dapat mengangkat senjata bersama saudara kita di Palestin, namun dengan memboikot barangan buatan Israel dan AS, kita tidak lagi secara tidak sedar menyumbang kepada peluru-peluru kepada musuh Islam tersebut.
6. Sampai bilakah semua ini akan berlaku. Satu tindakan yang tidak berpenghujung.

Sabtu, 3 Januari 2009

CALON PAS DIUMUM

1. PAS mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endot sebagai calonnya untuk berentap dengan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.
2. Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman berkenaan di Stadium Negeri di Batu Burok,Kuala Terengganu malam Khamis lalu.
3.Mohd Abdul Wahid Endot,52 yang namanya tidak terlintas langsung dalam segala teka teki ialah Ketua Bahagian PAS Kuala Terengganu dan sudah lima penggal menjadi ADUN Wakaf Mempelam.
4. Ini merupakan pertandingan antara dua Ketua Bahagian memandangan Wan Farid juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
5. Apa yang menarik di sini ialah kenyataan Datuk Seri Hj. Abdul Hadi semasa membuat pengumuman itu dimana beliau menegaskan bahawa calon itu ‘ adalah pilihannya sendiri’.
6. Ini adalah bertentangan dengan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini mahu Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang tewas semasa pilihanraya umum Mac 2008 bertanding semula di situ.
7. Sebelum ini tumpuan spekulasi ialah pada ADUN Batu Burok ,Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, yang pernah jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
8. Kelewatan PAS mengumumkan calonnya iaitu 11 hari selepas BN menampakkan pertikaian yang lama untuk diselesaikan.
9. Ini merupakan salah satu diantara tanda-tanda wujud pergeseran dalam memilih calon diantara puak Erdogan dalam PAS yakni yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan golongan yang tidak mahu mereka dilihat berada dibawah telunjuk Penasihat PKR itu.
10. Apapun piliihanraya kali ini pasti menjanjikan suasana yang mendebarkan mengenangkan perbezaan undi 628 yang dimenangi oleh calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail. BN tidak boleh mendabik dada. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini perlulah diselesaikan dulu dengan cara yang lebih baik. Tengok-tengoklah..