Selasa, 30 Disember 2008

Selamat Tahun Baru Hijrah.

Salam..
Selamat Menyambut tahun baru Hijrah dari saya sekeluarga. Mudah-mudahan tahun baru ini akan lebih bererti dan menjadikan diri kita semua legih matang dalam mengharungi hidup di dunia sementara ini.

Dari pada;

Mohd Sobri & Wan Roslina serta anak-anak.

Khamis, 18 Disember 2008

Rasuah

Salam...

1. Wakil Parlimen sedang membahaskan isu akta pencegahan rasuah bacaan kali ke dua di dewan rakyat.

2.Menampakkan kesungguhan kerajaan di dalam usaha untuk mencegah rasuah di negara ini. Namun begitu sejauh mana penguat kuasaannya amat diragukan, bukan kerana apa, tetapi pengaruh birokrasi.

3.Amat susah untuk membuktikan pemberi dan penerima rasuah. Perlu kepada bukti-bukti yang jelas dab kukuh. Bukti-bukti ini lah yang sukar diperolehi oleh pihak pendakwa.

4.Jika kerjasama antara rakyat dan BPR tidak terjalin, amat susah untuk membenteras gejala ini.Bagaimanakah cara untuk mendekatkan BPR dengan rakyat perlu diambil kira bagi memudahkan sedikit pengurusan dan pendakwaan.

Sabtu, 6 Disember 2008

Pilihan raya kecil

Salam..
Sudah lama saya tidak menulis di sini. Bukan kerana apa tetapi agak sibuk dengan tugasan harian yang membataskan pergerakan. Maaflah kepada rakan yang melayari blog saya ini kerana lama tak di up date.
Hari ini saya tertarik dengan keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang kosong. Tarikh yang dipilih sesuai kerana musim haji dah pun berakhir. Peluang untuk mereka membuang undi tidak dinafikan. Musim hujan dan banjir juga sudah berlalu pada waktu itu.
Bagaimana dengan calon? Adakah sudah ada keputusan yang dibuat? Siapakah calon yang benar-benar layak untuk mengantikan tokoh yang telah tiada itu? Saya difahamkan ramai yang cuba melobi, tetapi setakat mana kebenarannya tak dapatlah nak dipastikan.
Pilihan raya kecil kali ini berbeza dengan yang sebelumnya, kenapa? Ini adalah ujian sebenar kepada UMNO selepas mengalami musim suram baru-baru ini. Kalau sekiranya calon yang dipilih tidak setanding dengan yang telah pergi, saya rasa UMNO akan tumbang di Kuala Terengganu.Pemilihan calon mestilah tepat untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO Terengganu.
Pada pandangan saya kedudukan UMNO di Terengganu sekarang tidak se gah sebelum ini. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini memberikan kesan yang mendalam terhadap jentera parti. Selain dari pemilihan calon yang tepat susunan jentera parti juga perlu cekap dan efision agar kerjasama dapat dijalinkan dengan sempurna.
Bagaimana cara untuk mengambil kembali hati-hati mereka yang telah terguris sebelum ini juga tidak harus dipandang ringan.Kerjasama dari semua bahagian amatlah dituntut. Jika masing-masing dengan hal masing-masing, tidak mustahil kerusi ini akan terlepas kepada pembangkang. Kebijaksanaan pengerusi perhubungan dituntut pada saat ini. Strategi yang diatur mestilah mengena.. Tengok-tengoklah..