Sedar tak sedar hari ini 1 September 2008 …Nampaknya jangka hayat kerajaan BN ada 15 hari lagi. Ini kalau dikaji kata-kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkataan mudah yang selalu diungkapkan adalah " on track". Nampaknya penasihat PKR ini cukup yakin dengan anggapan bahawa beliau akan memasuki Putrajaya Dengan gelaran PM pada 16 september ini. Sebagai kepala pembangkang yang baru dilantik ekoran memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau nampak begitu yakin sekali dapat membawa jenteranya sampai ke Putrajaya pada 16 September ini. Saya sedang menunggu perkhabaran 16 sept 2008 itu apatah lagi dengan mereka yang memberikan undi di Permatang Pauh yang percayai pilihanraya kecil di situ pada 26 Ogos lalu adalah untuk membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri.
Jadi ke tak ni? Kalau jadi apa berlaku kepada Malaysia selepas itu, adakah rakyatnya bertambah mewah. Yang miskin dibela, yang kaya makin kaya atau indah khabar dari rupa, cerita lama juga yang didendangkan.Kalau betul ini satu lagi menjadi cerita sejarah di dalam buku sejarah Malaysia yang akan dipelajari oleh pelajar sekolah selepas ini. Sebuah kerajaan utuh sebelumnya dan sah yang di undi oleh rakyat menerusi pilihanraya umum telah ditumbangkan menerusi pilihan ahli parlimen atau dengan kata lain ‘ pintu belakang’. Anwar berulangkali menegaskan bahawa beliau sudah ada angka tersebut iaitu Ahli Parlimen BN yang nak melompat. Saya sendiri yang tertanya-tanya apa perkiraan yang akan digunakan Anwar menjadi kepala kepada 3 parti yang mempunyai dasar berlaian dan susah untuk diterima oleh pemimpin-pemimpinnya. Malah penganalisis politik paling veteran pun tidak mampu memikirkannya. Setakat ini tidak ramai yang nampak dan yakin dengan kemungkinan itu. Entahlah di dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Mungkin Anwar ada ‘kejutan’ dipenghujungnya nanti sama-sama kita tunggu.. Apapun jika cerita ini tidak benar, saya cukup yakin Anwar sendiri akan mendapat gelaran yang paling tinggi disini iaitu "PEMBOHONG."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan