Jumaat, 26 September 2008

Puasa Dan Raya

Salam..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya, mungkin dalam empat hari lagi kita sama-sama menyambut hari raya aidil fitri. Saya nak mengambil kesempatan di sini untuk memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kata-kata yang tak menyenangkan hati dan meyentuh perasaan.

Apakah sebabnya penangguhan perhimpunan agung umno berlaku.? Banyak pernafsiran yang dibuat dan perbagai tanggapan dijelmakan. Apakah yang berlegar dikepala presiden dan MT. Nampaknya sekali lagi kita kena buat pentaksiran sendiri berkenaan dengannya kerana tiada maklumat yang dikeluarkan..Peralihan kuasa.? letak jawatan.? Perkukuhkan parti.? Macam-macam.. Tengoklah apa nak jadi dengan UMNO ni.. Banyak sangat teka-teki...

Selasa, 16 September 2008

Muhyiddin Dengan Peralihan Kuasa

Salam...

Sekarang ni pulak kecoh pasal Muhyiddin tidak mrnghormati PM dan kabinet. Ramai yang mendedsak supaya meletak jawatan, memohon maaf, tidak beretika dan macam-macam lagilah. Hari ni pulak Zaid Ibrahim pulak letak jawatan sebagai menteri dijabatan perdana menteri. Mereka ni semua adalah orang-orang kuat yang mendapat perhatian PM sehingga dilantik menjadi menteri, betul tak..? Apa sudah jadi dengan UMNO ni....

Nampaknya UMNO sekarang ni makin kelam kabut.. Kalaulah keadaan ini tidak ditangani dengan betul, cepat dan tepat ianya akan menjadi barah yang parah kepada UMNO.. Saya cukup yakin kalau inilah keadaannya sudah pasti keyakinan rakyat terhadap UMNO semakin terhakis. Kalau hari demi hari sokongan dari rakyat makin tipis sampai pilihanraya ke 13 UMNO dan BN akan tumbang dan bangsa melayu akan merempat di tanah airnya sendiri..

Bilakah kesedaran akan terbit dari pemimpin-pemimpin agong UMNO ini agaknya ya ..? keadaan semasa sekarang menjurus kearah kemusnahan yang amat teruk dan jika sekiranya sesuatu tidak dilakukan sekarang maka tidak mustahil UMNO akan tinggal nama sahaja nanti. Ayuhlah semua ahli UMNO bersatu dan membuat pilihan yang tepat di perhimpunan agong nanti......

Isnin, 15 September 2008

Esok Mimpi PKR Akan Menjadi Kenyataan?

Adakah anda antara yang dibuai mimpi atau berpijak dibumi nyata.. Mengapakah saya lontarkan persoalan ini...? Anda lebih tahu dari saya...
Walaupun saya adalah ahli UMNO tetapi ramai dikalangan kawan-kawan saya dari pembangkang iaitu PAS dan PKR. Mereka berpendapat pemimpin-pemimpin PAS tidak yakin dengan pembentukan kerajaan baru esok tetapi mereka tak membuka mulut kerana menjaga hati sekutu kuat mereka di dalam PKR... Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sendiri pun tidak memberikan apa-apa komen berkaitan kerajaan yang bakal ditubuhkan esok tetapi lebih memberikam penekanan tetang pembetukan negara Islam...
Betul ke tak saya pun tak berani nak pastikan tapi itulah cakap-cakap mereka yang sempat saya rakamkan..

Walaupun demikian terdapat dikalangan pemimpin muda di dalam PAS sendiri yang taksub dengan mantan TPM itu sehingga mempercayai bulat-bulat segala karangannya mengenai kerajaan yang akan ditubuhkan esok.
Kalau kita lihat dari segi teknikalnya pun sudah jelas bahawa sekarang ini Parlimen berhenti rehat sehingga selepas hari raya aidil fitri. Kita kena ingat bahawa hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.


Kita harus runungkan dengan mendalam berkaitan dengan teori yang mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah dan menyokong Anwar dan ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mendapatkan mandat Parlimen. Ini merupakan pandangan dan teori yang tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.

hasrat pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan esok hanya gimik politik dan mimpi disiang hari, kesian pembangkang terutamanya PKR. Ini adalah usaha untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat yang hanya berasaskan impian kosong pemimpin pakatan yang tidak akan menjadi kenyataan.Bagaimanapun, jika perubahan kerajaan benar-benar berlaku pada esok hari, ia sebenarnya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.


pembangkang sepatutnya membuat persiapan untuk menumbangkan BN menerusi pilihan raya yang akan diadakan nanti dan bukannnya dengan mengharapkan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan.

Selasa, 2 September 2008

BN ada 15 hari lagi

Sedar tak sedar hari ini 1 September 2008 …Nampaknya jangka hayat kerajaan BN ada 15 hari lagi. Ini kalau dikaji kata-kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkataan mudah yang selalu diungkapkan adalah " on track". Nampaknya penasihat PKR ini cukup yakin dengan anggapan bahawa beliau akan memasuki Putrajaya Dengan gelaran PM pada 16 september ini. Sebagai kepala pembangkang yang baru dilantik ekoran memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau nampak begitu yakin sekali dapat membawa jenteranya sampai ke Putrajaya pada 16 September ini. Saya sedang menunggu perkhabaran 16 sept 2008 itu apatah lagi dengan mereka yang memberikan undi di Permatang Pauh yang percayai pilihanraya kecil di situ pada 26 Ogos lalu adalah untuk membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri.

Jadi ke tak ni? Kalau jadi apa berlaku kepada Malaysia selepas itu, adakah rakyatnya bertambah mewah. Yang miskin dibela, yang kaya makin kaya atau indah khabar dari rupa, cerita lama juga yang didendangkan.Kalau betul ini satu lagi menjadi cerita sejarah di dalam buku sejarah Malaysia yang akan dipelajari oleh pelajar sekolah selepas ini. Sebuah kerajaan utuh sebelumnya dan sah yang di undi oleh rakyat menerusi pilihanraya umum telah ditumbangkan menerusi pilihan ahli parlimen atau dengan kata lain ‘ pintu belakang’. Anwar berulangkali menegaskan bahawa beliau sudah ada angka tersebut iaitu Ahli Parlimen BN yang nak melompat. Saya sendiri yang tertanya-tanya apa perkiraan yang akan digunakan Anwar menjadi kepala kepada 3 parti yang mempunyai dasar berlaian dan susah untuk diterima oleh pemimpin-pemimpinnya. Malah penganalisis politik paling veteran pun tidak mampu memikirkannya. Setakat ini tidak ramai yang nampak dan yakin dengan kemungkinan itu. Entahlah di dalam dunia ni macam-macam boleh jadi. Mungkin Anwar ada ‘kejutan’ dipenghujungnya nanti sama-sama kita tunggu.. Apapun jika cerita ini tidak benar, saya cukup yakin Anwar sendiri akan mendapat gelaran yang paling tinggi disini iaitu "PEMBOHONG."